Friday, September 19, 2008

World Water Day 2008 - Hari Air Sedunia 2008

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Air Sedunia 2008.

diadakan pada 26 Julai 2008

di Centre Court, Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan.

Tema Sambutan Tahun Ini - 'SANITASI'

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Perhimpunan Agung yang ke 47 pada bulan Disember 1992 telah mengisytiharkan 22 Mac setiap tahun bermula dari tahun 1933 sebagai HARI AIR SEDUNIA. Pengisytiharan ini adalah selaras dengan keputusan persidangan PBB di Rio di Janerio, Brazil pada bulan Jun 1992 mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan. Rumusan daripada keputusan persidangan tersebut bahawa kawalan kualiti dan sumber bekalan air bersih memerlukan tindakan bersepadu dalam pembangunan, pengurusan dan penggunaan sumber air mengenai Alam Sekitar dan pembangunan mampan.


Sempena pengisytiharan HARI AIR SEDUNIA tersebut, Malaysia telah mengadakan sambutan Hari Air Sedunia setiap tahun bermula pada tahun 1994. Sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan air kepada kehidupan alam sejagat disamping mendedahkan permasaalahan yang berkaitan dengan air.


Memandangkan betapa berharganya sumber air dan ianya sangat penting untuk keperluan kehidupan seharian, maka adalah menjadi tanggungjawab pengguna mengambil langkah proaktif dan berterusan bagi memelihara serta meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber air.


Oleh itu tema sambutan tahun ini 'SANITASI' amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemeliharaan, perlindungan sumber air bagi mendapatkan bekalan air yang bersih. Masalah 'SANITASI' boleh menyebabkan pencemaran bekalan air. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk menjaga kebersihan tempat awam, mengamalkan kebersihan di rumah dan menjaga kebersihan alam sekitar agar sember air tidak tercemar.


Sambutan Hari Air Sedunia ini akan menjadi platform bagi meningkatkan kerjasama diantara agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO untuk memberi kesedaran kepada orang awam terhadap kepentingan pemeliharaan sumber air. Pelbagai aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Air Sedunia ini diharap dapat memberi manafaat kepada semua lapisan masyarakat.


Adalah menjadi harapan agar Sambutan Hari Air Sedunia 2008 di Negeri Sembilan Darul Khusus berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan.


Pelancaran Hari Air Sedunia ini telah danjurkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan JPS Negeri Sembilan dengan penglibatan Pelbagai Badan Kerajaan dan Swasta. Gerai-gerai pamiran telah dibuka kepada orang awam untuk melihat objektif sebenar Hari Air Sedunia diadakan dan apakah tindakan yang diambil oeh badan-badan yang berkenaan mengatasi pencemaran air daripada terus berlaku supaya generasi akan datang kekal terpelihara dari pencemaran.
Urusetia sedang sibok...



Pelawak turut main peranan untuk menghibur pengunjung


e-Saliran turut main peranan...


Ketua Penolong Pengarah JPS NS bersama Timbalan Ketua Pengarah JPS Malaysia


Urusetia Pendaftaran

Urusetia bertugas... senyuman manis diberi... Mesra Selalu

Pintu Masuk Ruang Ketibaan ...




Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Pengarah JPS Negeri Sembilan sedang menunggu ketibaan para VIP.

Menyambut Ketibaan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.



Menyambut Ketibaan VIP
Pengarah JPS Negeri Sembilan mengiringi Tetamu.

Menyambut Ketibaan Dato' Razak Wakil Kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Pengarah JPS Negeri Sembilan mengiringi VIP.




Lagu Kebangsaan dimainkan...





Ketua Pengarah JPS Malaysia - Dato' Ir Ahmad Husaini Sulaiman


Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi – YB Dato’ Joseph Salang Gandum

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – YB Datuk Maznah Mazlan

Wakil Kerajaan Negeri Sembilan – YB Dato Razak Mansur




Menteri Besar Negeri Sembilan sempat hadir bersama di Majlis Perasmian SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2008.
Ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan semasa melancarkan Majlis Perasmian HARI AIR SEDUNIA 2008.
Usikan dari VIP yang mencuit hati Menteri Besar Negeri Sembilan.
Paluan Gong bagi menyemarakkan lagi Hari Air Sedunia 2008.

Para Petugas sungguh sibok dengan arahan online...

Urusetia Kebudayaan dengan Penghibur ... siapa tak kenal yang dua tu... tak payah sebut lah...
Kenangan bersam Raja Lawak.

Abang Mus ker... ye lah... sedang tunjuk bakat...
Sabar Jue.. Nabil dah nak bersilat dah.. Sharifah Shahira pun nak lari... Hebat juga Jue nie yer...

Urusetia bergambar kenangan bersama artis jemputan.