Saturday, October 17, 2015

AURAD ROBBANIYAH



YANG BERAT ITU JIKA DIAMALKAN  SELALU 
AKAN MENJADI RINGAN.  
INSYA ALLAH 

~~~~~~~~~~~~~~~~

SERBA SEDIKIT AL KISAH DISEBALIK ZIKIR INI 
MUDAH-MUDAH KITA MENDAPAT HIDAYAH 
DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T.

1

Ertinya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya 
dan aku bertaubat kepadaNya.

Siapakah antara kita yang tidak berdosa?
Sedangkan Rasulullah S.A.W. sendiri (yang tidak berdosa) pun beristighfar memohon ampun -tiap-tiap hari 100 x.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya
"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" 
[Hadis Riwayat Al Hakim]

~~~~~~~~~~~~~~~~

2


Ertinya: Maha Suci Allah dengan segala puji bagi Nya, 
Maha Suci Allah yang Maha Agung

Rasulullah S.A.W. bersabda: 
"Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut."
(HR Muslim dan Tirmidzi) 

~~~~~~~~~~~~~~~~

3




Wahab bin Munabbih ditanya,
"bukankah kumci syurga itu adalah
Laa ilaaha illallah?"
ia menjawab:

بلى ؛ ولكن ما من مفتاح إلا له أسنان ، فإن أتيت بمفتاح له أسنان فُتح لك ، وإلا لم يُفتح لك ” ، يشير بالأسنان إلى شروط «لا إله إلا الله» الواجب التزامها على كل مكلف
iya benar, namun setiap kunci itu pasti ada giginya. Jika engkau datang membawa kunci yang memiliki gigi, maka akan terbuka. Namun jika tidak ada giginya, maka tidak akan terbuka“.
Beliau mengisyaratkan gigi dari kunci untuk memaksudkan 
syarat-syarat Laa ilaaha illallah yang wajib 
dipegang teguh oleh setiap mukallaf.
Dan syarat-syarat Laa ilaaha illallah ada 7 seperti sudah disebutkan, yaitu
1. Al Ilmu ( mengilmu), dalam menafikan dan menetapkan.
kebalikannya adalah Al Jahl (kebodohan).
2. Al Yaqin (meyakini),
kebalikannya adalah Asy Syak dan Ar Rayb (keraguan).
3. Al Ikhlas (ikhlas),
kebalikannya adalah Asy Syirku (syirik) dan Ar Riya (riya).
4. Ash Shidqu (membenarkan)
kebalikannya adalah Al Kadzabu (mendustakan)
5. Al Mahabbah (mencintai),
kebalikannya adalah Al Karhu (membenci)
6. Al Inqiyadu (mentaati)
kebalikannya adalah At Tarqu (tidak taat)
7. Al Qabulu (menerima),
kebalikannya adalah Ar Raddu (menolak).

Sebagian ulama menggabungkan syarat-syarat ini 
dalam 1 baris bait :

علمٌ يقينٌ وإخلاص وصدقك مع محبة وانقياد والقبول لها

"ilmu, yakin, ikhlas, jujurmu disertai dengan cinta, patuh dan menerima"


~~~~~~~~~~


4
Kalimah ini pulalah yang diucapkan oleh 'Aishah ra
isteri Rasulullah saw, 
saat beliau tertinggal dari rombongan Rasulullah sepulang 
dari peperangan bani Musthaliq. 
Beliau tercicir dan dibawa pulang 
oleh Shafwan bin Mu’aththal ke Madinah.
Peristiwa itu menjadi fitnah besar di Madinah. 
Ibnu Jarir AthThabari meriwayatkan bahwa Zainab ra 
dan ‘Aisyah ra membanggakan kemuliaan mereka. 
Zainab ra berkata: “Akulahyang pernikahannya 
(dengan Rasulullah) langsung dari langit (perintahnya)”. 
‘Aisyah ra menimpali: “Akulah yang
pembersihan nama baikku turun di dalam Al Quran, 
ketika aku dibawa oleh Ibnu Mu’aththal 
menunggang unta”. 
Zainab ra bertanya: “Wahai ‘Aisyah, 
apakah kalimah yang kamu
 ucapkan saat naik unta tersebut?”. 
‘Aisyah ra menjawab: 
“HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKIL”. 
Maka selamatlah ‘Aisyah ra dari fitnah besar 
yang sangat buruk tersebut.
~~~~~~~~~~
5
                                  
SUBHANALLAH
Ibnu Abas ra berkata:
"Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy, 
dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH" dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH"

ALHAMDULILLAH
Ibnu Abas ra berkata:
"Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula-mula yang dari mulut Adam as ialah bersin  
maka ALLAH SWT mengilhamkan 
kepada Adam as membaca 
"ALHAMDULILLAH" dan ALLAH SWT membalasnya 
"YARHAMUKKA RABBUKA" 
yang bermaksud "kerana Rahmat itu AKU menjadikan kamu.

LAA ILAHAILLALLAH
Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum nabi Nuh as adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT  mewahyukan kepada nabi Nuh as supaya menyeru kaumnya supaya sentiasa mencari keredhaan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah
 "LAA ILAHAILLALLAH"
ALLAHU AKBAR
Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan  
terjadinya peristwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as dengan
 seekor kambing atas rasa yang teramat 
gembira atas nikmat yang dikurniakan 
nabi Ibrahim as menyebut 
"ALLAHU AKBAR"
Kemudian Malaikat menggabungkan 
4 kalimah ini dan di sebut 
"Subhanallah Walhamdulillah 
Walaa ilaaha  illallahu Wallahu Akbar"
~~~~~~~~~~~~~
6
 
Berkata para Malaikat: 
Inilah 4 kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, 
Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar yang telah disampaikan oleh Allah SWT kepada Malaikat, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim.
Kemudian Malaikat menggabungkan 4 kalimah ini dan di sebut 
"Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha  illallahu Wallahu Akbar"

Ketika Malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw Baginda merasa kagum dan terus membaca: 
"LAA HAULAWALAA QUUWATA ILLAA BILLAA 
HIL 'ALIYIEL 'AZIEM"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7
Selawat ertinya kemuliaan atau kesejahteraan
Perintah selawat tertulis dalam firman Allah

Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS.Al-Ahzab 33:56)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zikir ini adalah Amalan untuk dibaca setiap hari 
untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat. 
Insya Allah.

Tuesday, September 1, 2015

RAHSIA DI SEBALIK MALAYSIA


16 Sept 1963 Penubuhan Malaysia.



Nama Malaysia yg kita Agungkan sekarang ini jika diterbalikkan didalam jawi lama akan membentuk perkataan Islam.

ملاسيا - ايسلام


Siapa perasan tentang hal ini? 
Apakah Rahsia di sebalik semua ini. Wallahu'alam.


Selamat menyambut Hari Malaysia! 
Hayati penubuhan ini dgn sebaiknya melalui sejarah dan kenangkanlah jasa pahlawan dan satria negara yang telah menyumbangkan tenaga mereka demi negara.


Ilham bersama RBD

Monday, June 1, 2015

10 AMALAN YANG LEBIH BERNILAI DARIPADA EMAS DAN WANG RINGGIT

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan Dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya setiap pagi dan petang".Kemudian Rasulullah SAW juga bersabda di dalam Hadits Beliau sebagai berikut : "Maukah aku beritahukan kepada kalian amalan yang paling baik dan paling suci di mata Raja (=Allah) kalian, dan lebih baik daripada menginfakkan emas dan uang serta lebih baik daripada berperang di Jalan Allah? Yaitu, Dzikir kepada Allah".Lebih lanjut di dalam Hadits-hadits Rasulullah SAWditerangkan beberapa Bacaan Dzikir dan Faedahnya bagi kitasebagai orang yang beriman, yakni di antara bacaan tersebutadalah sebagai berikut:

1. Barangsiapa yang membaca : 
"Subhanallah, Walhamdulillah, Walaailaahaillallah, Wallahu Akbar",
 maka orang itu akan ditanamkan oleh Allah SWT pohon buah-buahan yang banyak di dalam Syurga.
2. Barangsiapa yang membaca : 
"Subhanallah Wabihamdih" sebanyak 100 kali, 
maka orang itu akan dihapuskan dosa-dosanya walaupun dosa-dosanya sebanyak buih yang ada di lautan.
3. Barangsiapa yang membaca : "Asyhadu An- Laailaahaillallah, Wahdahu Lasyariikalah Wa-asyhadu anna Muhammadan Abduhu Warosuuluh",
orang itu akan dibukakan 8 (delapan) Pintu Syurga, sehingga ia dapat masuk Syurga dari pintu manapun yang ia kehendaki.
4. Barangsiapa yang membaca :
"Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah", 
maka orang itu dibukakan salah satu pintu Syurga untuknya.
5. Barangsiapa yang membaca : 
"Asyhadu An- Laailaahaillallah"
maka orang itu diberikan Kunci Syurga oleh Allah SWT.
6. Barangsiapa yang membaca : 
"Laa Ilaaha Illallah Al- Malikul Haqqul Mubiin"
maka orang itu apabila meninggal dunia ia tidak akan merasa seram di dalam kubur 
(=alam barzakh), sehingga ia aman dan sentosa di dalam kubur.
7. Barangsiapa yang membaca : Sayyidul Istighfar yaitu 
"Allahumma Anta Robbi Laailahailla Anta Kholaqtani 
Wa ana Abduka Wa ana Ala Ahdika Wawadika Mastathotu 
Audzubika Min Syarrima Shonatu Abu ulaka Binimatika Alaiyya Wa abu-u Bidzambi Faghfirli Fainnahu Laa Yaghfirudz Dzunuba Illa Anta"
maka : 
a. Jika dibaca siang hari (sesudah Subuh), kemudian ia meninggal dunia sebelum Sore (sebelum Ashar), maka ia pasti akan termasuk "Ahli Syurga". 
b. Jika dibaca pada malam hari (sesudah Maghrib), kemudian ia meninggal dunia sebelum pagi (sebelum Subuh), maka ia pasti akan termasuk "Ahli Syurga".
8. Barangsiapa yang membaca : 
"Alhamdulillah", 
maka akan dipenuhi timbangan Amal Solehnya.
9. Barangsiapa yang membaca : 
"Allahumma Sholli Ala Muhammad Wa Ala Aali Muhammad Wa Ala Ahli Baitihi" sebanyak 100 kali setiap harinya, maka akan didatangkan/dikabulkan Allah SWT kepada orang itu sebanyak 70 “Hajatnya” (= maksud/niat/doa mengenai hal-hal dunia) dengan cepat di Dunia ini, dan akan didatangkan serta dikabulkan kepada orang itu sebanyak 30 Hajatnya untuk Urusan di Akhirat kelak.
10. Barangsiapa yang membaca : Sholawat Nariyah
"Allohumma sholli shollatan kamilah wa sallim salaman. Taman 'ala sayyidina Muhammadiladzi tanhallu bihil 'uqodu wa tanfariju bihil kurobu. Wa tuqdhobihil hawa iju wa tunna lu bihiro 'ibu wa husnul khowatim wa yustaqol ghomawu biwaj hihil kariim wa 'ala aalihi washosbihi fii kulli lamhatin wa hafasim bi'adadi kulli ma'luu mi laka ya robbal 'aalamiin"
sebanyak 11 kali setiap hari sesudah Sholat Ashar, maka akan dimudahkan, dilapangkan dan dilimpahkan Rezekinya di dunia ini dengan tiada putus-putusnya, serta diberikan Rezeki yang berlimpah pula di Akhirat kelak.
http://www.masuk-islam.com/bacaan-shalawat-nariyah-dan-manfaat-shalawat-nariyah.html
peribadirasulullah | Februari 17, 2013 at 9:38 pm | Categories: Tazkiyah Nufus | URL: http://wp.me/pBfvy-6ep

ENAM DOSA BESAR YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH SWT WALAUPUN DENGAN TAUBAT.

1- Makan harta anak yatim secara haram.

(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.
  
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut).


4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya).


5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.