Tuesday, March 1, 2016

TIGA WASIAT EMAS


 


 


 Image result for buih dilautan

1. Dihapuskan dosa oleh Allah SWT.

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis yang soheh, Rasulullah SAW bersabda barangsiapa yang membaca
 "SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI"100 kali sehari      maka Allah SWT akan menghapuskan doasanya walaupun sebanyak buih dilautan.


2. Ingin diselamatkan oleh Allah SWT dari fitnah kubur.

Inilah Syurga Di Tengah Padang PasirDiriwayatkan  oleh Abi Dawood  dalam hadis yang soheh Rasulullah SAW bersabda dalam Al Quran ada 30 ayat yang apabila senantiasa dibaca maka ia akan memberi syafa'at kepada orang yang sentiasa  membacanya iaitu SURAH AL MULK dan Abdullah Ibnu Abbas ra berkata barang siapa membaca Surah Al Mulk satu kali sehari maka Allah SWT akan selamatkan dia dari fitnah kubur.

3. Inginkan satu rumah di syurga.

Image result for rumah di surgaDalam hadis soheh yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,  Rasulullah SAW bersabda barangsiapa diantara kalian yang membaca Surah AL IKHLAS dalam sehari 10 kali maka Allah SWT akan membangunkan untuknya satu rumah disyurga.


Sumber: Ustadz Rifky Ja'far Tholib



Kajian Islam Video.