Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI MAAF DZAHIR DAN BATIN





Lomang dah siap... nak tunggu bolah ajo...


Rumah terbuka memang banyak... nampak satay selera pun terbuka...

Kueh raya pun banyak juga... pilih lah yang mana satu jadi idaman...
DiUcapkan
Selamat Hari Raya Idil Fitri serta Maaf Dzahir dan Batin
kepada semua sahabat handai rakan taulan sekalian.

Thursday, September 25, 2008

Kursus Dalaman JPS NS - Survey

  1. JPS Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Land Survey bagi mempertingkatkan kakitangan teknikal yang serba boleh. Bahagian Hidrologi telah di pertanggongjawab untuk mengendalikan kursus Ukur untuk kakitangan bertempat di Dewan Stor dan Mekanikal.
  2. Semua kakitangan teknikal dari semua daerah telah dipelawa untuk hadir Kursus yang dijadualkan pada 26 dan 27 Ogos 2008. Kursus tersebut dijalankan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hidrologi dengan jayanya.
  3. Tajuk kursus adalah Pengenalan Alat Survey dan Bagaimana untuk membawa bacaan dari Bench Mark hingga sungai supaya bacaan keratan rentas sungai dapat diambil untuk kerja berbangkit bagi menentukan sebelum dan sesudah kerja dijalankan.
  4. Pengarah JPS Negeri Sembilan telah perkenan hadir untuk merasmikan kursus ini.

Dibawah adalah gambar semasa Kursus dijalankan.


Pengarah JPS NS Tuan Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir sedang berucap untuk merasmikan Kursus Ukur ini dan turut bersama ialah Ketua Bahagian Hidrologi En Idzuan yang juga bertindak sebagai Penyelaras Kursus.










Senyuman diberi... Mesra Selalu...

Tiap-tiap Daerah dibekalkan dengan alat mengukur.



Tenaga pengajar En Shaari Ahmad sedang menyampaikan taklimat...

Pemegang Staff mengawal tegak tiang melalui bubble yang ada pada staff...

Pembaca level yang confident...

Tanpa membuang masa kiraan dibuat terus di tapak...


Tenaga Pengajar menyemak kertas kerja pelajar...

Pelajar sentiasa tekun sambil menerima arahan baru...







Ukuran merentasi sungai...







Macam kenal jer... Sekali pandang macam S J ... Oh Safar..



Tenaga pengajar tak jemu-jemu asyik mengajar...

Sedang asyik dan berminat timba ilmu...

Ketinggian juga perlu diambil kira...








Sunday, September 21, 2008

Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2008.

  • Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 31 Ogos 2008 di Padang Majlis Perbandaran Seremban serentak dengan Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.

  • Perbarisan telah disertai oleh Kontigen dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, Sektor-Sektor Swasta, NGO, Maktab, Sekolah dan Pelbagai Pertubuhan yang lain bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ini.

  • Seramai 40 kakitangan JPS Negeri Sembilan telah terlibat didalam perbarisan tersebut.

  • Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam oleh peserta perbarisan untuk dijadikan kenangan kepada mereka yang mengambil bahagian dengan mengerah tenaga didalam menjayakan perbarisan ini bagi memeriahkan lagi suasana.


Pembawa Sepanduk JPS.. CC kita lah tu...


Peserta perbarisan telah bersedia.



Sempat juga abang jeling yer...















Sedia untuk bergerak...

Laluan Perbarisan Di Hadapan Pentas VIP



Bergambar Kenangan selepas perbarisan