Sunday, September 7, 2008

Pengenalan dari Pengarang

    Blog ini dimulakan pada 7 September 2008 dan diilhamkan sempena bulan puasa. Tujuan Blog ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan memaparkan aktiviti-aktiviti bersama jabatan dengan harapan supaya semua imbasan kenangan bersama JPS akan kekal bersama kita semua.
    Tak kira sama ada kita masih bersama, telah bertukar atau telah bersara maka hilangkan kesunyian anda melalui Laman Blog ini "BERSAMA MU SELALU".
    Tuailah padi antara masak,
    Esok jangan layu-layuan,
    Intailah kami antara nampak,
    Esok jangan rindu-rinduan.
      Blog ini bukan blog rasmi dan sengaja dijadikan blog bebas yang tidak dikongkong oleh mana-mana pihak. Cuma kadang-kadang ada usik mengusik membawa bahagia kalau terkasar bahasa harap maafkan. Selagi saya masih berada di JPS Negeri Sembilan maka saya akan terus menulis dan memaparkan gambar-gambar setakat mana yang dapat untuk tatapan rakan-rakan sekelian. Selepas bersara saya akan membuat aktiviti bebas.
      1. JPS Negeri Sembilan merupakan jabatan yang sungguh aktif dan terlibat dengan pelbagai program aktiviti jabatan, aktiviti luar dan juga aktiviti sosial.

      2. Kerjasama Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan JPS Negeri Sembilan sungguh komited dan mesra. Bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Kerja sentiasa saling bantu membantu bermuafakat dan mendapat berkat.

      3. Dengan adanya pegawai-pegawai dan kakitangan yang pro-aktif, maka semua program yang dijalankan oeh jabatan mendapat sambutan dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan yang sungguh menggalakkan.

      4. Antara program-program yang diadakan adalah seperti Hari Keluarga, Sukan JPS Negeri Sembilan, Sukan JPS Malaysia, Sukan Kayak Kenaboi River Challenge, Majlis Perpisahan dan terdapat banyak lagi program-program lain yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga program-program yang dijalankan oleh jabatan atau bersama jabatan-jabatan lain.
      5. Selain dari itu selepas bersara saya akan menyampaikan maklumat yang perlu kita kongsi bersama sebagai ilmu pengetahuan atau umum.  

      No comments: