Thursday, September 11, 2008

KENABOI RIVER CHALLENGE 2007 - RAPID

KRC2007

Kenaboi River Challenge adalah acara Sukan Kayak yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan yang kini telah dimasukkan didalam Program Pelancongan Kerajaan Negeri Sembilan.

Pada tahun lalu Kenaboi River Challenge 2007 telah diadakan pada 10 dan 11 November 2007 dan acara yang di pertandingkan ialah 1. Rapid Challenge 2. River Challenge.


  1. Rapid Challenge iaitu perlumbaan lasak berkayak acara solo yang sungguh mencabar yang merentasi beberapa jeram dan air deras dengan liku-liku cabaran yang menunggu setiap peserta. Bermula dari Kg. Esok dan tamat di Kg. Puom.

  2. River Challenge iaitu perlumbaan berkayak acara solo dan berpasukan tidak kurang juga dengan cabaran nya walaupun tiada jeram tetapi dengan beberapa halangan dan jarak jauhnya sememang ia juga adalah sukan lasak. Bermula di Kg Puom dan tamat di Kg Sg Buloh.
Sukan Kayak sememangnya mencabar dan semakin diminati oleh ahli sukan masa kini. Pada pertandingan 2007 kebanyakan yang mengambil bahagian adalah ahli-ahli kesatuan Kayak seluruh Malaysia dan mereka datang dalam kumpulan tidak kira umur kerana terdapat yang muda dan yang berumur masih boleh turut serta dalam acara ini sama ada sebagai peserta atau sebagai penyokong kepada pasukan mereka.

Kenaboi River Challenge sentiasa menerima sambutan yang hangat dari semua peminat merata pelusok rantau yang sentiasa menunggu untuk turut serta dalam Cabaran Kenaboi. Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, sukan ini berjalan lancar dengan jayanya setiap kali ia diadakan.

Dibawah ini adalah gambar-gambar kenangan semasa diadakan pertandingan Kenaboi River Challenge 2007.


RAPID CHALLENGE


Urusetia Pendaftaran...




Urusetia Penganjur memastikan keadaan semua berjalan lancar...


Peserta Rapid menghadiri taklimat...






Urusetia Pertandingan memberi Taklimat Syarat-syarat Pertandingan dan Keselamatan...


Semua sedang tekun...


Pelbagai nasihat disampaikan oleh Ursetia Pertandingan kepada Peserta.




Semakin malam perbincangan semakin hangat...


Nombor Daftar Peserta

Kampung Esok tempat Pelepasan peserta Rapid Challenge




Pesanan Penganjur ... BERWASPADA SELALU... SELAMAT PERJALANAN...


Only lady participant in Rapid Challenge.. Keberanian adalah anugerah...






Sedia untuk mula...



Sediaaaa........


Mulaaaaa...











Melepasi garisan permulaan...


Mula mengharungi liku-liku...





Cabaran jeram bermula...


Cabaran air deras...




Halangan demi halangan dilalui...

Cabaran sungguh hebat sekali... bukan calang-calang orang boleh buat ni...



Mengharungi air deras dengan tenang sahaja...




Ketangkasan Individu main peranan...


Amat sayup sekali.. lihat jeram menunggu disebelah kiri...


Peserta mesti mempunyai kemahiran menyelamat diri sewaktu kecemasan... itu lah cabaran sebenar...


Sungguh bergaya... aksi lasak


Dugaan peserta terlepas pendayong semasa bergelut dengan air deras... Cabaran tetap diharungi... Keadaan begini adalah biasa bagi mereka...

Rintangan dilepasi...kini ke garisan penamat...

Senyuman seorang Juara...


Urusetia menunggu di garisan penamat












Aduh ... letihnya lama duduk...



Sungguh bergaya...
















Panasnya... terus terjun dalam air dulu...






Si Kecil pengubat rindu...

Walaupun letih, dengan ada si Kecil ini hilang letih...



Sempit juga ya...



Walaupun penat sempat juga memberi senyuman...








Mencerita detik cemas semasa mengharungi cabaran...


Peserta tunggal wanita... melepasi cabaran jeram, air deras dan pelbagai rintangan. Akhirnya berjaya sampai ke garisan penamat.



Galakkan dari Bapa memberi semangat kepada gadis ini.. peserta tunggal wanita yang berani dengan cabaran...



Bergambar Kenangan Bersama Tuan Hj. Bahrudin bin Ahmad Nasir - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan.

No comments: