Friday, September 12, 2008

Jamuan Perpisahan Dan Pertukaran Naik Pangkat.

Lapan Pegawai dan Kakitangan JPS Negeri Sembilan telah bertukar kerana kenaikan pangkat dan juga kerana bertukar dan ramai yang perpindah ke tempat baru sama ada jabatan yang sama atau ke jabatan lain.

1. Ketua Penolong Pengarah – En. Nasser bin Salim telah bertukar ke JPS Pulau Pinang.

2. Jurutera Daerah Seremban - En. Mohammad Radzi bin Abdul Talib telah naik pangkat dan berpindah ke Ibu Pej. JPS NS sebagai Ketua Penolong Pengarah yang baru.

3. Jurutera Daerah Port Dickson – En. Khairuddin bin Sulaiman telah naik pangkat dan berpindah ke JPS di Shah Alam, Selangor.

4. Juruteknik RTB - Pn. Roslina binti Buyong telah naik pangkat ke Pembantu Teknik dan berpindah ke JKR Yunit Bumiputera Negeri Sembilan.

5. Juruteknik Daerah Jelebu - En. Nor Azri telah naik pangkat ke Pembantu Teknik dan berpindah ke Kolej Komuniti Jelebu).

6. Juruteknik Hidrologi - En. Mustafa bin Sharif telah naik pangkat ke Pembantu Teknik dan berpindah ke JKR Negeri Sembilan - tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

7. Pembantu Am Rendah Sementara - Pn. Zainarita bt Zainal Abidin telah naik pangkat ke Pembantu Tadbir Rendah Tetap dan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Ibu Pej JPSNS.

8. Pembantu Tadbir Rendah - Pn Norazrita binti Ali bertukar ke Rembau dan di tempatkan di Pejabat Ugama Rembau - tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.


Ibu Pejabat JPS NS telah mengadakan jamuan bagi meraikan mereka yang bertukar dan jamuan diadakan pada 20.8.2008 di Dewan Serbaguna Wisma Negeri, Seremban.






Posing sakan tu...






Semua sedang kusyuk mendengar...







Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir. Hj Baharudin bin Ahmad Nasir turut menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada mereka atas kerjasama yang telah diberikan selama ini.


Meja tetamu dan 4 tetamu yang hadir untuk dirai...


En. Nasser... sentimental dan mudah diajak berbicara...


En Khairuddin... kami dah terasa sunyi dah.. selalu lah datang.


Pn Roslina ... kuat kerja ni...


En. Nor Azri orangnya rajin dan keje beres aje...


Masa untuk menjamu selera dah tiba... Sempat juga posing sambil senyum... mesra selalu...






Hidangan sedap menyelera... mertua lalu belakang gerenti tak nampak...


Kalau dah berdiri... makanan mesti sedap lah tu ...


Cedok lauk tu jangan malu... tambah lagi kak oiii









Kami dari JPS Negeri Sembilan memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang sengaja atau yang tidak disengajakan dan mengucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya Kepada MEREKA yang telah mendapat kenaikan pangkat kali ini dan juga kepada yang bertukar.

"Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh dinegeri satu
Hilang dimata dihati jangan "
SEKIAN..........


No comments: