Thursday, November 13, 2008

KENABOI RIVER CHALLENGE 2008

KENABOI RAPIDS AND RIVER CHALLENGE 2008
Klik anak panah untuk video klip
Kampung Puom dan Kampung Esok sekali lagi menjadi tumpuan penggemar sukan lasak berkayak dengan adanya Kenaboi River Challenge 2008 pada 1 & 2 November 2008 dan digemparkan dengan kehadiran peserta yang semakin bertambah dan juga dengan kehadiran peserta-peserta dari luar negara. Jika dibandingkan dengan program yang telah lalu peningkatan ini amat dibanggakan.

Persiapan dari peringkat awal dan dengan kerjasama penggemar sukan kayak tanah air dan laporan media yang memberi kerjasama terbukti telah membawa kejayaan kepada sukan ini yang nyata berjaya memikat dan membawa peserta-peserta peringkat antarabangsa untuk menyertai program ini dan menambahkan lagi cabaran bagi sukan ini.

Dalam acara rapids seramai 38 peserta telah mendaftar dan menyertai dalam acara ini dan penyertaan ini kali amat mencabar kerana disertai oleh 18 peserta dari luar negara seperti Australia dan Singapura. Berbanding dengan tahun 2007 hanya 13 peserta Malaysia sahaja yang telah mengambil bahagian. Tahun 2008 telah menunjukkan peningkatan penyertaan sebanyak 3 kali ganda dan sungguh menggalakkan.

Dalam acara river challenge seramai 137 peserta telah mendaftar untuk bertanding dan juga telah menunjukkan peningkatan penyertaan jika dibandingkan pada tahun 2007 hanya 104 penyertaan yang diterima dan jelas menunjukkan 32% tambahan penyertaan.

Dari angka penyertaan tahun ini dan komen dari peserta sukan kenaboi, jelas terbukti sukan ini akan bertambah bilangan pesertanya kerana kebanyakan peserta yang menyertai sukan pada tahun ini telah menyatakan hasrat untuk kembali bertanding pada tahun hadapan dan akan membawa lebih ramai lagi kawan-kawan mereka untuk menyertai Sukan Kayak ini.

Semasa sesi penutup di Ibu Bekalan Triang Hilir Kampung Sungai Buloh, Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir selaku Penganjur telah menyatakan terimakasih dan amat berpuas hati dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dan kejayaan program ini juga adalah usahasama semua pihak dari Semua Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang terlibat sama secara langsung atau tidak langsung didalam program ini. Kejayaan ini amat bermakna bagi sukan ini selaras dengan Kempen Cintailah Sungai Kita yang juga telah menjadikan 'Sungai Sumber Rekreasi untuk Semua'.


A) Gambar Rapids Challenge 2008

Taklimat kepada peserta pada malam sebelum pertandingan rapids.


Pendaftaran peserta selepas taklimat.




















Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir memberi kata aluan.


Juara Kayak dari Canada telah hadir dan bertemu Urusetia Kenaboi River Challenge Pn Maznah Sulaiman dan Pn Nor Fadilah dengan memaklumkan tidak dapat beraksi atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


Tetamu Kehormat yang turut hadir.
























































Barisan urusetia JPS Negeri Sembilan.














Pelepasan peserta Rapids Challenge 2008.























YB Tuan Siow Chen Pin di temuramah dan berasa bangga kerana Kenaboi River Challenge 2008 telah berjaya menarik minat peserta luar negara dan sekali gus menaikkan imej Kenaboi River Challenge ke tahap Antarabangsa.








































Pengadil bertugas di garisan penamat.






























Pengarah JPS NS dan KPP JPS NS bersama Pegawai Pelancongan yang sentiasa memberi kerjasama dalam urusan Kenaboi River Challenge.

Sg Kenaboi menjadi lambang kemegahan penduduk tempatan yang jelas telah menjadi daya tarikan pelancong hasil daripada aktiviti berkayak di Sg Kenaboi.

Urusetia kayak En Mohd Sidek dan orangnya sedang sibok.



Pelumba River Challenge untuk JPS Negeri Sembilan.

Peserta pertandingan rapids seronok membincangkan pengalaman mereka dan akan kembali lagi pada tahun hadapan.

Semua Peserta luar Negara disambut mesra oleh Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir.







Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir melayani peserta-peserta luar Negara yang beraksi pada Rapids Challenge 2008.


Acara Rapids Challenge berakhir setakat disini sahaja dan Acara River Challenge menyusul selepas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

B) River Challenge 2008
Pendaftaran peserta pada jam 8.30 malam di Kampung Puom

Wednesday, October 29, 2008

Selamat Datang Kepada Pegawai dan Kakitangan Baru Ke JPSNS

Warga JPS Negeri Sembilan mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua Pegawai dan Kakitangan yang baru ke JPS Negeri Sembilan.


Pada 16.10.2008 dua Jurutera dan dua Pembantu Tadbir telah melapor diri di Pejabat JPS Negeri Sembilan dan ditempatkan seperti berikut:-

1. En. Murad bin Ismail - Jurutera Daerah JPS Seremban (dari JPS Johor)

2. Pn. Alizatul Saadah bt Mohamad Ali - Penolong Pengarah Pengurusan Sungai (dari JPS Malaysia Bahagian Hidrologi)

3. En. Mohd. Shufian bin Malek - Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran Hermis (dari Pejabat Agama Negeri Sembilan)

4. Pn. Salbiah bt Sawal - Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran (dari Pej SUK NS)


Pada 3.11.2008 terdapat 2 Jurutera melapor diri di Pejabat JPS Negeri Sembilan dan ditempatkan seperti berikut:-

1. En. Zulkiflee bin Arbain - Jurutera Daerah Kuala Pilah (dari Bahagian Pantai JPS Malaysia).

2. Pn. Norsham bt Hashim - Penolong Pengarah RTB (dari JPS Malaysia Bahagian Hidrologi)

Wednesday, October 15, 2008

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Jamuan Perpisahan Pertukaran Naik Pangkat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF DZAHIR DAN BATIN.




Jamuan Hari Raya JPS Negeri Sembilan telah diadakan pada 13 Oktober 2008 bertempat di Ruang Legar Luar Pejabat pada tengah hari dan di hadiri oleh semua Pegawai dan Kakitangan Pejabat serta hadir bersama ialah semua Ketua Daerah JPS Negeri Sembilan dengan tujuan untuk meningkatkan silaturrahim antara semua pegawai dan kakitangan JPS Negeri Sembilan.

Sempena dengan Sambutan Hari Raya 'Aidil Fitri, Majlis jamuan ini juga telah diadakan beserta dengan jamuan perpisahan untuk meraikan 4 Jurutera yang mendapat kenaikan pangkat dan akan bertukar mulai 16 Oktober 2008 ke tempat baru mereka dan terimalah ucapan tahniah dari pegawai dan kakitangan JPS Negeri Sembilan.

Majlis telah bermula dengan Pengacara Majlis En Mohd So'od bin Mat mengambil tempat dan sambil berpantun mengucapkan selamat datang kepada hadirin hadirat dan seterusnya seperti biasa setiap acara majlis diiringi dengan bacaan doa semoga majlis yang diadakan mendapat berkat kudrat ilahi.

Tetamu yang dirai telah dijemput seorang demi seorang untuk memberi ucapan dihadapan semua hadirin bagi menyuarakan isi hati mereka semasa berada di JPS Negeri Sembilan.

Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir. Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata kepada yang mereka yang dirai dan menyatakan semoga mereka yang akan bertukar ini akan mencapai lebih kejayaan di tempat baru mereka dan mengucapkan terimakasih atas segala sumbangan tenaga dan buah fikiran yang telah diberi semasa mereka berada di sini.

Akhir sekali Tuan Pengarah telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada yang dirai.

Empat (4) Jurutera yang bertukar adalah seperti berikut:
  1. Pn. Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan - Naik Pangkat dan Bertukar ke Pulau Pinang.

  2. Pn. Nurjannah binti Andi Samsiar - Naik Pangkat dan Bertukar ke Smart Tunnel

  3. En. Alif Nur Iskandar Mohamad Sani - Naik Pangkat dan Bertukar ke Smart Tunnel

  4. En. Radzuan bin Jaamat - Naik Pangkat dan Bertukar ke Putera Jaya.




Tetamu dirai 4 Jurutera yang dapat kenaikan pangkat.



Tetamu Jemputan Khas- Ketua Daerah/Bahagian.





Tetamu Daerah Seremban













Puan Vasuki telah dapat kenaikan pangkat juga tetapi masih dikekalkan di JPS NS.





Robi tengah menyuap ... Ngap
Hai... menyelera nampak...

Tabung air kena perah...

Senyum Selalu.. air manis.. muka pun manis...



Cik Kak dah melentuk... lebih makan kot...

Puan Wan Hasitinaziah yang dikasihi Bhg SB.

Puan Nurjannah yang sentiasa senyum selalu.

Encik Alif Nur Iskandar... Selamba aja...
Encik Radzuan sedang asyik nie...
Ucapan dari Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir. Hj Baharudin bin Ahmad Nasir







Selamat Berjumpa Lagi ....

Kami dari JPS Negeri Sembilan ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat kenaikan pangkat dan terimakasih atas kerjasama mereka bersama JPS NS.



^Klik arrow untuk video

Lambaian Salam Perpisahan dari mereka yang dikasihi,

Semoga jauh dimata, dekat di hati.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

SELAMAT MAJU JAYA...