SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF DZAHIR DAN BATIN.
Jamuan Hari Raya JPS Negeri Sembilan telah diadakan pada 13 Oktober 2008 bertempat di Ruang Legar Luar Pejabat pada tengah hari dan di hadiri oleh semua Pegawai dan Kakitangan Pejabat serta hadir bersama ialah semua Ketua Daerah JPS Negeri Sembilan dengan tujuan untuk meningkatkan silaturrahim antara semua pegawai dan kakitangan JPS Negeri Sembilan.
Sempena dengan Sambutan Hari Raya 'Aidil Fitri, Majlis jamuan ini juga telah diadakan beserta dengan jamuan perpisahan untuk meraikan 4 Jurutera yang mendapat kenaikan pangkat dan akan bertukar mulai 16 Oktober 2008 ke tempat baru mereka dan terimalah ucapan tahniah dari pegawai dan kakitangan JPS Negeri Sembilan.
Majlis telah bermula dengan Pengacara Majlis En Mohd So'od bin Mat mengambil tempat dan sambil berpantun mengucapkan selamat datang kepada hadirin hadirat dan seterusnya seperti biasa setiap acara majlis diiringi dengan bacaan doa semoga majlis yang diadakan mendapat berkat kudrat ilahi.
Tetamu yang dirai telah dijemput seorang demi seorang untuk memberi ucapan dihadapan semua hadirin bagi menyuarakan isi hati mereka semasa berada di JPS Negeri Sembilan.
Pengarah JPS Negeri Sembilan Tuan Ir. Hj Baharuddin bin Ahmad Nasir telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata kepada yang mereka yang dirai dan menyatakan semoga mereka yang akan bertukar ini akan mencapai lebih kejayaan di tempat baru mereka dan mengucapkan terimakasih atas segala sumbangan tenaga dan buah fikiran yang telah diberi semasa mereka berada di sini.
Akhir sekali Tuan Pengarah telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada yang dirai.
Empat (4) Jurutera yang bertukar adalah seperti berikut:

- Pn. Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan - Naik Pangkat dan Bertukar ke Pulau Pinang.
- Pn. Nurjannah binti Andi Samsiar - Naik Pangkat dan Bertukar ke Smart Tunnel
- En. Alif Nur Iskandar Mohamad Sani - Naik Pangkat dan Bertukar ke Smart Tunnel
- En. Radzuan bin Jaamat - Naik Pangkat dan Bertukar ke Putera Jaya.
Tetamu dirai 4 Jurutera yang dapat kenaikan pangkat.
Tetamu Jemputan Khas- Ketua Daerah/Bahagian.
Tetamu Daerah Seremban
^Klik arrow untuk video
Lambaian Salam Perpisahan dari mereka yang dikasihi,
Semoga jauh dimata, dekat di hati.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
SELAMAT MAJU JAYA...
No comments:
Post a Comment