YANG BERAT ITU JIKA DIAMALKAN SELALU
AKAN MENJADI RINGAN.
INSYA ALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~
SERBA SEDIKIT AL KISAH DISEBALIK ZIKIR INI
MUDAH-MUDAH KITA MENDAPAT HIDAYAH
DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T.
1
Ertinya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya
dan aku bertaubat kepadaNya.
Siapakah antara kita yang tidak berdosa?
Sedangkan Rasulullah S.A.W. sendiri (yang tidak berdosa) pun beristighfar memohon ampun -tiap-tiap hari 100 x.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya
"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
[Hadis Riwayat Al Hakim]
~~~~~~~~~~~~~~~~
2
Ertinya: Maha Suci Allah dengan segala puji bagi Nya,
Maha Suci Allah yang Maha Agung
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut."
(HR Muslim dan Tirmidzi)
~~~~~~~~~~~~~~~~
3
~~~~~~~~~~~~~~~~
3
Wahab bin Munabbih ditanya,
"bukankah kumci syurga itu adalah
Laa ilaaha illallah?"
ia menjawab:
بلى ؛ ولكن ما من مفتاح إلا له أسنان ، فإن أتيت بمفتاح له أسنان فُتح لك ، وإلا لم يُفتح لك ” ، يشير بالأسنان إلى شروط «لا إله إلا الله» الواجب التزامها على كل مكلف
“iya benar, namun setiap kunci itu pasti ada giginya. Jika engkau datang membawa kunci yang memiliki gigi, maka akan terbuka. Namun jika tidak ada giginya, maka tidak akan terbuka“.
“iya benar, namun setiap kunci itu pasti ada giginya. Jika engkau datang membawa kunci yang memiliki gigi, maka akan terbuka. Namun jika tidak ada giginya, maka tidak akan terbuka“.
Beliau mengisyaratkan gigi dari kunci untuk memaksudkan
syarat-syarat Laa ilaaha illallah yang wajib
dipegang teguh oleh setiap mukallaf.
syarat-syarat Laa ilaaha illallah yang wajib
dipegang teguh oleh setiap mukallaf.
Dan syarat-syarat Laa ilaaha illallah ada 7 seperti sudah disebutkan, yaitu
kebalikannya adalah Al Jahl (kebodohan).
2. Al Yaqin (meyakini),
kebalikannya adalah Asy Syak dan Ar Rayb (keraguan).
3. Al Ikhlas (ikhlas),
kebalikannya adalah Asy Syirku (syirik) dan Ar Riya (riya).
4. Ash Shidqu (membenarkan)
kebalikannya adalah Al Kadzabu (mendustakan)
5. Al Mahabbah (mencintai),
kebalikannya adalah Al Karhu (membenci)
6. Al Inqiyadu (mentaati)
kebalikannya adalah At Tarqu (tidak taat)
7. Al Qabulu (menerima),
kebalikannya adalah Ar Raddu (menolak).
Sebagian ulama menggabungkan syarat-syarat ini
dalam 1 baris bait :
علمٌ يقينٌ وإخلاص وصدقك مع محبة وانقياد والقبول لها
"ilmu, yakin, ikhlas, jujurmu disertai dengan cinta, patuh dan menerima"
~~~~~~~~~~
4
Kalimah ini pulalah yang diucapkan oleh 'Aishah ra
isteri Rasulullah saw,
saat beliau tertinggal dari rombongan Rasulullah sepulang
dari peperangan bani Musthaliq.
Beliau tercicir dan dibawa pulang
oleh Shafwan bin Mu’aththal ke Madinah.
Peristiwa itu menjadi fitnah besar di Madinah.
Ibnu Jarir AthThabari meriwayatkan bahwa Zainab ra
dan ‘Aisyah ra membanggakan kemuliaan mereka.
Zainab ra berkata: “Akulahyang pernikahannya
(dengan Rasulullah) langsung dari langit (perintahnya)”.
‘Aisyah ra menimpali: “Akulah yang
pembersihan nama baikku turun di dalam Al Quran,
ketika aku dibawa oleh Ibnu Mu’aththal
menunggang unta”.
Zainab ra bertanya: “Wahai ‘Aisyah,
apakah kalimah yang kamu
ucapkan saat naik unta tersebut?”.
‘Aisyah ra menjawab:
“HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKIL”.
Maka selamatlah ‘Aisyah ra dari fitnah besar
yang sangat buruk tersebut.
~~~~~~~~~~
5
SUBHANALLAH
Ibnu Abas ra berkata:
"Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy,
dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH" dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH"
ALHAMDULILLAH
Ibnu Abas ra berkata:
"Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula-mula yang dari mulut Adam as ialah bersin
maka ALLAH SWT mengilhamkan
kepada Adam as membaca
"ALHAMDULILLAH" dan ALLAH SWT membalasnya
"YARHAMUKKA RABBUKA"
yang bermaksud "kerana Rahmat itu AKU menjadikan kamu.
LAA ILAHAILLALLAH
Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as di mana kaum nabi Nuh as adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada nabi Nuh as supaya menyeru kaumnya supaya sentiasa mencari keredhaan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah
"LAA ILAHAILLALLAH"
ALLAHU AKBAR
Apabila terutusnya nabi Ibrahim as dan
terjadinya peristwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as dengan
seekor kambing atas rasa yang teramat
gembira atas nikmat yang dikurniakan
nabi Ibrahim as menyebut
"ALLAHU AKBAR"
Kemudian Malaikat menggabungkan
4 kalimah ini dan di sebut
"Subhanallah Walhamdulillah
Walaa ilaaha illallahu Wallahu Akbar"
~~~~~~~~~~~~~
6
Berkata para Malaikat:
Inilah 4 kalimah Subhanallah, Alhamdulillah,
Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar yang telah disampaikan oleh Allah SWT kepada Malaikat, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim.
Kemudian Malaikat menggabungkan 4 kalimah ini dan di sebut
"Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaha illallahu Wallahu Akbar"
Ketika Malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw Baginda merasa kagum dan terus membaca:
"LAA HAULAWALAA QUUWATA ILLAA BILLAA
HIL 'ALIYIEL 'AZIEM"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7
Selawat ertinya kemuliaan atau kesejahteraan
Perintah selawat tertulis dalam firman Allah
Al-Quran:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS.Al-Ahzab 33:56)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zikir ini adalah Amalan untuk dibaca setiap hari
untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment