1-
Makan harta anak yatim secara haram.
(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar
kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim
tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat
kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya
maka dosanya tidak terhapus).
2-
Menuduh wanita solehah berzina.
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon
maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah
tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut
dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT.
sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka
dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada
Allah SWT).
3-
Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
(
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak
memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari
medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk
memaafkan kesalahan tersebut).
4-
Melakukan sihir.
(
Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah
SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali
kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan
hukuman yang sewajarnya).
5-
Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
(
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa
ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah
Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah
SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan
Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6-
Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
(
Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada
Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk
membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa
penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab
Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
No comments:
Post a Comment