Wednesday, October 23, 2013

ORANG TERKAYA DI DUNIA


Berikut Daftar 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 beserta Nilai kekayaannya,
berturut-turut dimulai dari urutan ke 10 :
10. Christy Walton-Kekayaan: US$ 37,9M
9. Larry Ellison - Kekayaan: US$ 41,6M
8. David Koch - Kekayaan: US$ 45,2M
7. Charles Koch - Kekayaan: US$ 45,2M
6. Ingvar Kamprad-Kekayaan: US$55,5M
5. Amancio Ortega-Kekayaan: US$ 56M
4. Warren Buffett-Kekayaan: US$ 59,6M
3. Carlos Slim-Kekayaan: US$ 72,1M
2. Bill Gates-Kekayaan: US$ 72,7M
1. Seorang muslim yg shalat sunnah 2 rekaat sebelum shubuh

A. Keutamaannya (lebih baik dari dunia seisinya)
Dari ‘Aisyah di mana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua raka’at fajar (shalat sunnah qobliyah shubuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725).
Dalam lafazh yang lain,
لَهُمَا أَحَبُّ إِلَىَّ مِنَ الدُّنْيَا جَمِيعًا
“Dua raka’at shalat sunnah fajar lebih kucintai daripada dunia seluruhnya” (HR. Muslim no. 725)
Jika keutamaan shalat sunnah fajar saja demikian adanya, bagaimana lagi dengan keutamaan shalat Shubuh itu sendiri..??

B. Rasulullah Tidak Pernah Meninggalkannya
Shalat sunnah fajar inilah yang paling Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jaga, dikatakan pula oleh ‘Aisyah,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- لَمْ يَكُنْ عَلَى شَىْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah menjaga shalat sunnah yang lebih daripada menjaga shalat sunnah dua raka’at sebelum Shubuh” (HR. Muslim no. 724).
Karena begitu besar keutamaannya maka selayaknya kita selalu istiqomah dalam menjalankannya.....

Silahkan SHARE semoga bermanfaat

بَارَكَ اللَّهُ فِيْك

Petikan Sumber: Peribadirasulullah
Oktober 22, 2013 at 1:54 am
Categories: Tazkiyah Nufus
URL: http://wp.me/pBfvy-7c6

Thursday, July 25, 2013

AWAS MAZHAB KRISTIAN YANG MIRIP ISLAM.

by peribadi rasulullah




Bahaya mazhab Kristian yg `mirip' Islam - gambar Sebuah sketsa dalam agama Kristian, cara beribadatnnya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.

Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.

Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,

SOLAT - 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

• sa'atul awwal (fajar/shubuh)

• sa'atuts tsalis(dhuha)

• sa'atus sadis (dhuhur)

• sa'atut tis'ah (ashar)

• sa'atul ghurub (maghrib)

• sa'atun naum (Isya')

• sa'atul layl (tengah malam)

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.

Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat.

Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan

Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.

**************** Nota Penulis Asal ****************

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua. Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga, tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Perhatikan kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject . Hhmm.sekali pandang macam ayat/kalimah

wallahualammmubissawab.

http://www.lepakz.net/2013/06/mazhab-kristian-yang-mirip-islam.html

peribadirasulullah
Julai 18, 2013 at 10:57 pm
Categories: Nasihat Agama
URL: http://wp.me/pBfvy-6Mp

Friday, June 7, 2013

SEJARAH 5 KALIMAH SUCI DALAM ISLAM

Petikan dari Blog Keperibadianrasullullah


Asal usul zikir "Subhanallah", "Alhamdulillah", Laillahaillallah", "Allahhu akbar" dan "Wala haula wala quwata illa billah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SUBHANALLAH....
Ibnu Abas ra berkata:
"Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy, dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH" dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH".

ALHAMDULLILAH...
Ibnu Abas ra berkata:
"Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut Adam as ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca "ALHAMDULLILAH"
dan ALLAH SWT membalasnya "YARHAMUKKA RABBUKA" yang bermaksud "kerana  Rahmat  itu  AKU  menjadikan  kamu."

LAILAHAILLALLAH ....
Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan Nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh as adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.
ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh as memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH"

ALLAHU AKHBAR ....
Apabila terutusnya Nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak Nabi Ibrahim as dengan seekor kambing, atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan Nabi Ibrahim as menyebut "ALLAHU AKHBAR".

Berkata para malaikat :
"Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik. Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan di sebut
"SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHAILLALLAH WALLAHU AKHBAR"
Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw Baginda merasa kagum dan terus membaca:

"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIEL AZIEM"
Kemudian Malaikat Jibril as berkata :
"Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi...

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
WALAA ILAA HA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR
WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA
BILLAA HIL 'ALIYIL 'AZIEM".

Pengertiannya:

Subhanallah = Maha Suci Allah

Walhamdulillah = dan Segala Puji bagi Allah

Wa la ilaha illallah = dan tiada Tuhan selain Allah

Wallahu akbar = dan Allah Maha Besar

Wa la haula wa la quwwata illa billah hil `aliyil `azim           = dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.


peribadirasulullah | Jun 2, 2013 at 11:02 pm | Categories: Nasihat Agama | URL: http://wp.me/pBfvy-6Eg

 

Wednesday, May 22, 2013

PUISI - DOA KU


                  




(Ilham dari pujangga Rabindranath Tagore)

Ya Allah!

Aku tidak memohon kau murahkan rezekiku,

Tapi engkau berilah aku kudrat untuk mencarinya.

Ya Allah!

Aku tidak memohon jauhkan aku dari bencana,

Tapi berilah aku kekuatan hati untuk menghadapinya.

Ya Allah!

Aku tidak memohon kebahagian dan kesejahteraan dirimu,

Tapi kau ujilah aku dengan penderitaan

Supaya dapat aku nikmati kebahagiaan sebenarnya.

Ya Allah!

Aku tidak memohon engkau hindarkan aku dari segala macam nesta dan fitnah,

Tapi kau bersenjatailah aku dengan kesabaran dan ketabahan hati untuk menahannya.

Ya Allah!

Aku tidak memohon engkau memberi kemenangan di pihakku,

Tapi menangilah aku kerana keikhlasan dan kebenaran yang kau redhai.

Ya Allah!

Kalau dalam menghadapi kekerasan

Kurniakanlah aku kelembutan hati untuk mematahkannya,

Kalau dalam menghadapi kelembutan

Kurniakan aku kekerasan hati untuk mencairkannya.

Ya Allah!

Aku tidak menolong kerana minta ditolong,

Aku tidak memberi kerana minta diberi,

Aku tidak menyanyangi kerana mahu disayangi

Aku tidak mencintai kerana mahu dicintai,

Aku hanya melakukan tugasku dan tugasmu.


Ya Allah!

Jauhkan aku dari niat yang buruk,

Simpangkan hatiku dari hasad dan dengki,

Hindarkan perasaanku dari keinginan membalas dendam,

Pupuklah hatiku dengan kasih saying,

Dan mencintai sesame makhluk mu,

Kurniakan aku kewarasan perasaan dan pertimbangan fikiran.

Ya Allah!

Jangan kau gulungkan aku di kalangan alim ulamak,

Tetapi izinkan aku mengulung diri di kalangan mereka yang mungkar;

supaya mereka dapat ku pandu menerusi sinar cahaya mu.

Ya Allah!

Aku tidak memhon engkau mematikan aku dalam keimanan,

Tetapi matikanlah aku menurut kehendakmu dan keredaanmu.

Sesungguhnya hanyalah engkau saja yang mengetahui.

Inilah pinta dalam doaku.

Sumber Rujukan: Dari Petikan Akhbar oleh OSMAN ABADI

Thursday, May 16, 2013

MEMBINA SOLAT YANG MABRUR.


Hadiths


Dari Abu Ayub Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Seorang laki-laki menemui Nabi S.A.W. lalu berkata: “Ya Rasulullah. Berilah aku nasihat yang ringkas.”

Maka Rasulullah S.A.W.bersabda:

1. “Kalau Engkau mengerjakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang yang hendak meninggalkan dunia.

2. Jangan berbicara dengan satu kalimah yang esok hari kamu akan meminta udzur karena ucapan itu.

3. Dan perbanyaklah rasa putus asa terhadap apa yang ditangan orang lain.”


(Hasan. Dikeluarkan oleh Ahmad (5/412), Ibnu Majah(4171), Abu Nu’aim dalam Al Hilyah (1/462) Al Mizzi (19/347) dan Lihat Ash Shahihah (401))


Penjelasan Hadiths

Alangkah indahnya ketiga wasiat ini. Apabila dijalankan oleh seorang hamba, maka sempurnalah semua urusan dan tentu dia akan berhasil.


Wasiat Pertama, menganjurkan untuk menyempurnakan solat dan berijtihad agar mengerjakannya dengan sebaik-baiknya. Hal itu dengan menghisab diri terhadap semua solat yang dikerjakan serta menyempurnakan semua kewajiban, fardhu ataupun sunnah-sunnah yang ada di dalam solat. Hendaknya juga bersungguh sungguh merealisasikan tingkatan ihsan yang merupakan darjat tertinggi, dengan kehadiran yang betul-betul sempurna di hadapan Robbnya. Yakni bahwa dia sedang berbicara lirih dengan Robbnya melalui apa yang dibacanya, yakni doa ataupun dzikir-dzikir lainnya. Tunduk kepada Robbnya dalam setiap posisi; berdiri, ruku’, sujud, turun maupun naik (dari ruku’ atau sujud serta akan berdiri).

Tujuan yang mulia ini didukung pula dengan kesiapan jiwa tanpa ragu dan rasa malas di hatinya. Bahkan, hatinya senantiasa hadir dalam setiap solat, seakan-akan itu adalah solat orang yang akan berpisah (mau meninggal dunia) atau seolah-olah tidak akan solat lagi sesudah itu (karena wafat).

Sudah dimaklumi bahwa orang yang akan meninggal dunia akan berusaha dengan sunguh-sunguh mencurahkan segenap daya upayanya, bahkan selalu dalam keadaan mengingat pengertian-pengertian dan sebab yang kuat, sehingga mudahlah semua urusannya, lalu itu menjadi kebiasaannya.

Solat dengan cara seperti itu akan mencegah pelakunya dari semua akhlak yang rendah dan mendorongnya berhias dengan akhlak yang menarik, karena hal itu akan memberi pengaruh dalam jiwanya, yaitu bertambahnya iman, cahaya, dan kegembiraan hati, serta kecintaan yang sempurna terhadap kebaikan.


Wasiat Kedua, menganjurkan untuk menjaga lisan dan senantiasa mengawasinya karena menjaga lisanlah kendali semua urusan seseorang. Jika seseorang mampu menguasai lisannya, niscaya dia dapat menguasai seluruh anggota tubuhnya yang lain.

Tetapi jika justru dirinya dikuasai oleh lisannya dan tidak menjaganya dari perkataan yang mengandung mudarat, maka urusannya akan sia-sia, baik agama maupun dunianya.

Maka janganlah berbicara sepatah katapun melainkan harus diketahui apa manfaatnya bagi agama atau dunia. Semua pembicaraan yang di dalamnya ada kemungkinan mendapat kritik atau bantahan, hendaknya ditinggalkan, karena kalau dia berbicara maka dikuasai oleh ucapan tersebut, sehingga ia akan menjadi tawanannya.

Bahkan, sering kali menimbulkan mudarat yang tidak mungkin dihindari.


Wasiat Ketiga, menyiapkan diri bergantung hanya kepada Allah semata dalam semua urusan kehidupan dunia dan akhirat. Tidak meminta kecuali kepada Allah dan tidak bersikap tamak kecuali terhadap kurnia-Nya.

Juga menyiapkan diri untuk berputus asa terhadap apa yang ada di tangan manusia. Demikian itu kerana ‘putus asa’ adalah penjaga. Siapa yang berputus asa dari sesuatu, dia akan merasa tidak memerlukankannya.

Sebagaimana dia tidak meminta dengan lisannya kecuali hanya kepada Allah maka hatinya pun tidak bergantung kecuali kepada Allah.

Oleh sebab itu, tetaplah menjadi seorang hamba sejati bagi Allah, selamat atau bebas dari pengabdian kepada sesama makhluk. Sungguh, dia telah memilih kebebasan dari perbudakan mereka dan dengan itu pula dia telah memperoleh kedudukan yang tinggi dan mulia.

Sesungguhnya bergantung kepada sesama makhluk menimbulkan kehinaan dan jatuhnya harga diri dan kedudukan seseorang sesuai dengan tingkat ketergantungannya kepada mereka.


Wallahu a’lam.


Sumber Petikan dari: peribadirasulullah

Sumber Ruj: Dari Buku Mutiara Hikmah Penyejuk Hati, Syarah 99 Hadits Pilihan

Terjemah dari Kitab Bahjatul Qulubil Abrar Qurratul Uyunil Akhyar fi Syarhi Jawami’il Akhbar karya Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’di