(Ilham dari pujangga Rabindranath Tagore)
Ya Allah!
Aku tidak memohon kau murahkan rezekiku,
Tapi engkau berilah aku kudrat untuk mencarinya.
Ya Allah!
Aku tidak memohon jauhkan aku dari bencana,
Tapi berilah aku kekuatan hati untuk menghadapinya.
Ya Allah!
Aku tidak memohon kebahagian dan kesejahteraan dirimu,
Tapi kau ujilah aku dengan penderitaan
Supaya dapat aku nikmati kebahagiaan sebenarnya.
Ya Allah!
Aku tidak memohon engkau hindarkan aku dari segala macam nesta dan fitnah,
Tapi kau bersenjatailah aku dengan kesabaran dan ketabahan hati untuk menahannya.
Ya Allah!
Aku tidak memohon engkau memberi kemenangan di pihakku,
Tapi menangilah aku kerana keikhlasan dan kebenaran yang kau redhai.
Ya Allah!
Kalau dalam menghadapi kekerasan
Kurniakanlah aku kelembutan hati untuk mematahkannya,
Kalau dalam menghadapi kelembutan
Kurniakan aku kekerasan hati untuk mencairkannya.
Ya Allah!
Aku tidak menolong kerana minta ditolong,
Aku tidak memberi kerana minta diberi,
Aku tidak menyanyangi kerana mahu disayangi
Aku tidak mencintai kerana mahu dicintai,
Aku hanya melakukan tugasku dan tugasmu.
Ya Allah!
Jauhkan aku dari niat yang buruk,
Simpangkan hatiku dari hasad dan dengki,
Hindarkan perasaanku dari keinginan membalas dendam,
Pupuklah hatiku dengan kasih saying,
Dan mencintai sesame makhluk mu,
Kurniakan aku kewarasan perasaan dan pertimbangan fikiran.
Ya Allah!
Jangan kau gulungkan aku di kalangan alim ulamak,
Tetapi izinkan aku mengulung diri di kalangan mereka yang mungkar;
supaya mereka dapat ku pandu menerusi sinar cahaya mu.
Ya Allah!
Aku tidak memhon engkau mematikan aku dalam keimanan,
Tetapi matikanlah aku menurut kehendakmu dan keredaanmu.
Sesungguhnya hanyalah engkau saja yang mengetahui.
Inilah pinta dalam doaku.
Sumber Rujukan: Dari Petikan Akhbar oleh OSMAN ABADI
No comments:
Post a Comment