Tuesday, September 1, 2015

RAHSIA DI SEBALIK MALAYSIA


16 Sept 1963 Penubuhan Malaysia.



Nama Malaysia yg kita Agungkan sekarang ini jika diterbalikkan didalam jawi lama akan membentuk perkataan Islam.

ملاسيا - ايسلام


Siapa perasan tentang hal ini? 
Apakah Rahsia di sebalik semua ini. Wallahu'alam.


Selamat menyambut Hari Malaysia! 
Hayati penubuhan ini dgn sebaiknya melalui sejarah dan kenangkanlah jasa pahlawan dan satria negara yang telah menyumbangkan tenaga mereka demi negara.


Ilham bersama RBD

Monday, June 1, 2015

10 AMALAN YANG LEBIH BERNILAI DARIPADA EMAS DAN WANG RINGGIT

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan Dzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya setiap pagi dan petang".Kemudian Rasulullah SAW juga bersabda di dalam Hadits Beliau sebagai berikut : "Maukah aku beritahukan kepada kalian amalan yang paling baik dan paling suci di mata Raja (=Allah) kalian, dan lebih baik daripada menginfakkan emas dan uang serta lebih baik daripada berperang di Jalan Allah? Yaitu, Dzikir kepada Allah".Lebih lanjut di dalam Hadits-hadits Rasulullah SAWditerangkan beberapa Bacaan Dzikir dan Faedahnya bagi kitasebagai orang yang beriman, yakni di antara bacaan tersebutadalah sebagai berikut:

1. Barangsiapa yang membaca : 
"Subhanallah, Walhamdulillah, Walaailaahaillallah, Wallahu Akbar",
 maka orang itu akan ditanamkan oleh Allah SWT pohon buah-buahan yang banyak di dalam Syurga.
2. Barangsiapa yang membaca : 
"Subhanallah Wabihamdih" sebanyak 100 kali, 
maka orang itu akan dihapuskan dosa-dosanya walaupun dosa-dosanya sebanyak buih yang ada di lautan.
3. Barangsiapa yang membaca : "Asyhadu An- Laailaahaillallah, Wahdahu Lasyariikalah Wa-asyhadu anna Muhammadan Abduhu Warosuuluh",
orang itu akan dibukakan 8 (delapan) Pintu Syurga, sehingga ia dapat masuk Syurga dari pintu manapun yang ia kehendaki.
4. Barangsiapa yang membaca :
"Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah", 
maka orang itu dibukakan salah satu pintu Syurga untuknya.
5. Barangsiapa yang membaca : 
"Asyhadu An- Laailaahaillallah", 
maka orang itu diberikan Kunci Syurga oleh Allah SWT.
6. Barangsiapa yang membaca : 
"Laa Ilaaha Illallah Al- Malikul Haqqul Mubiin", 
maka orang itu apabila meninggal dunia ia tidak akan merasa seram di dalam kubur 
(=alam barzakh), sehingga ia aman dan sentosa di dalam kubur.
7. Barangsiapa yang membaca : Sayyidul Istighfar yaitu 
"Allahumma Anta Robbi Laailahailla Anta Kholaqtani 
Wa ana Abduka Wa ana Ala Ahdika Wawadika Mastathotu 
Audzubika Min Syarrima Shonatu Abu ulaka Binimatika Alaiyya Wa abu-u Bidzambi Faghfirli Fainnahu Laa Yaghfirudz Dzunuba Illa Anta", 
maka : 
a. Jika dibaca siang hari (sesudah Subuh), kemudian ia meninggal dunia sebelum Sore (sebelum Ashar), maka ia pasti akan termasuk "Ahli Syurga". 
b. Jika dibaca pada malam hari (sesudah Maghrib), kemudian ia meninggal dunia sebelum pagi (sebelum Subuh), maka ia pasti akan termasuk "Ahli Syurga".
8. Barangsiapa yang membaca : 
"Alhamdulillah", 
maka akan dipenuhi timbangan Amal Solehnya.
9. Barangsiapa yang membaca : 
"Allahumma Sholli Ala Muhammad Wa Ala Aali Muhammad Wa Ala Ahli Baitihi" sebanyak 100 kali setiap harinya, maka akan didatangkan/dikabulkan Allah SWT kepada orang itu sebanyak 70 “Hajatnya” (= maksud/niat/doa mengenai hal-hal dunia) dengan cepat di Dunia ini, dan akan didatangkan serta dikabulkan kepada orang itu sebanyak 30 Hajatnya untuk Urusan di Akhirat kelak.
10. Barangsiapa yang membaca : Sholawat Nariyah
"Allohumma sholli shollatan kamilah wa sallim salaman. Taman 'ala sayyidina Muhammadiladzi tanhallu bihil 'uqodu wa tanfariju bihil kurobu. Wa tuqdhobihil hawa iju wa tunna lu bihiro 'ibu wa husnul khowatim wa yustaqol ghomawu biwaj hihil kariim wa 'ala aalihi washosbihi fii kulli lamhatin wa hafasim bi'adadi kulli ma'luu mi laka ya robbal 'aalamiin"
sebanyak 11 kali setiap hari sesudah Sholat Ashar, maka akan dimudahkan, dilapangkan dan dilimpahkan Rezekinya di dunia ini dengan tiada putus-putusnya, serta diberikan Rezeki yang berlimpah pula di Akhirat kelak.
http://www.masuk-islam.com/bacaan-shalawat-nariyah-dan-manfaat-shalawat-nariyah.html
peribadirasulullah | Februari 17, 2013 at 9:38 pm | Categories: Tazkiyah Nufus | URL: http://wp.me/pBfvy-6ep

ENAM DOSA BESAR YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH SWT WALAUPUN DENGAN TAUBAT.

1- Makan harta anak yatim secara haram.

(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.
  
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut).


4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya).


5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532.

Monday, September 1, 2014

TERDAPAT 4 TEMPAT BACAAN AL QURAN YANG AJAIB YANG WAJIB KITA KETAHUI.


Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.
Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?
Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’ bukannya ‘kualiti’ bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
ayat-pelik
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
****



2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***



3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy - yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ’ain.
Rujuk link:
*****


4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
ayat-pelikTapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:    -  ii-tuu-nii
Bukannya             -  Uk-tuu-nii
***** 

Sila rujuk mana-mana guru al-Quran. 

Dengar dan ikutlah bacaan sebenar.
Wallahua’lam.
=)




Saturday, August 16, 2014

HIASAN BOTOL BUANGAN JADI ITEK ANGSA

Pernahkah terlintas difikiran anda untuk membuat bekas pelbagai guna dari botol sabun cecair yang dibuang untuk dijadikan hiasan bekas alat tulis atau boleh dibuat pasu bunga atau pelbagai guna lagi.

Kalau sudah mahir membuat botol besar ini kita boleh cuba dengan botol kecil pula.
Jika anda kreatif gunakan kreatif anda untuk buat benda lain yang memberi menafaat.


Bagaimana cara membuatnya.

1. Dapatkan satu botol sabun cecair yang besar untuk dijadikan tempat simpan barang.




2. Lakarkan garisan untuk memotong Kepala
    dan Munchung. Potong bahagian kepala dan
    munchung dengan mengikut garisan.
    Guna pisau slide yang tajam.
    Cucuk sedikit demi sedikit supaya tidak
    salah potong hingga kepala bercerai dari botol.







3. Lakarkan garisan untuk Ekor tegak,
    Kepak, Leher dan Ekor Kecil belakang.
    seperti gambar-gambar bersebelah
 



4. Potong semuanya dengan pisau slide
    yang tajam dan gunting heavy duty.











5. Selepas dipotong hasilnya adalah seperti gambar sebelah.
    Kesemua bahagian diguna dan tiada yang dibuang.  








6. Ini adalah model yang telah dipotong  
    kemas ikut bentuk ekor dan kepak  
    mengikut citarasa kita.

7. Kepala itek di lekatkan dengan
    menggunakan gam yang kuat.

8.  Kepak dan ekor belakang dilekatkan
     dengan menggunakan paku payong  
     atau kalau nak kuat lagi guna skrew            kecil, washer dan nat.











9. Itek Angsa telah siap dan telah
    bersedia untuk menerima tugas.

10. Itek Angsa yang setia menjadi sahabat setia kini menanggong
      beban pen dan pensil serta banyak lagi peralatan stationary.
      Guna Bekas Transparent untuk dalam perut itek supaya boleh
      nampak isi pen dan pensel cara tegak.


 - Selamat mencuba...