Kalau sudah mahir membuat botol besar ini kita boleh cuba dengan botol kecil pula.
Jika anda kreatif gunakan kreatif anda untuk buat benda lain yang memberi menafaat.
Bagaimana cara membuatnya.
1. Dapatkan satu botol sabun cecair yang besar untuk dijadikan tempat simpan barang.
2. Lakarkan garisan untuk memotong Kepala
dan Munchung. Potong bahagian kepala dan
munchung dengan mengikut garisan.
Guna pisau slide yang tajam.
Cucuk sedikit demi sedikit supaya tidak
salah potong hingga kepala bercerai dari botol.
3. Lakarkan garisan untuk Ekor tegak,
Kepak, Leher dan Ekor Kecil belakang.
seperti gambar-gambar bersebelah
4. Potong semuanya dengan pisau slide
yang tajam dan gunting heavy duty.
5. Selepas dipotong hasilnya adalah seperti gambar sebelah.
Kesemua bahagian diguna dan tiada yang dibuang.
6. Ini adalah model yang telah dipotong
kemas ikut bentuk ekor dan kepak
mengikut citarasa kita.
7. Kepala itek di lekatkan dengan
menggunakan gam yang kuat.
8. Kepak dan ekor belakang dilekatkan
dengan menggunakan paku payong
atau kalau nak kuat lagi guna skrew kecil, washer dan nat.
9. Itek Angsa telah siap dan telah
bersedia untuk menerima tugas.
10. Itek Angsa yang setia menjadi sahabat setia kini menanggong
beban pen dan pensil serta banyak lagi peralatan stationary.
Guna Bekas Transparent untuk dalam perut itek supaya boleh
nampak isi pen dan pensel cara tegak.
- Selamat mencuba...
1 comment:
Terima kasih. banyak membantu saya untuk guna semula botol sabun cecair
Post a Comment