KAABAH PHOTO GALLERY
PEMANDANGAN KAABAH DARI SATELLITE
PEMANDANGAN KAABAH HAMPIR DEKAT
GAMBAR KAABAH TERDEKAT
GAMBAR ANTIK KAABAH
KUNCI LAMA PINTU KAABAH
LELONGAN KUNCI LAMA TELAH DIJALANKAN DI KOTA LONDON.
KAABAH BERUBAH WAJAH DI PERSEKITARAN NYA DAN AKAN TERUS BERUBAH MENGIKUT KEMAJUAN SEMASA.
BUMBUNG YANG KOSONG SEBELUM MUSIM HAJI
BAHAGIAN BUMBUNG TELAH MULA PENUH DENGAN JEMAAH HAJI
SEMASA MUSIM HAJI DIATAS BUMBUNG JUGA TERDAPAT JEMAAH MENGERJAKAN IBADAH.
SETIAP SUDUT DIPENUHI DENGAN JEMAAH
KLIK GAMBAR JIKA INGIN LIHAT PEMANDANGAN SEBENAR SEWAKTU MUSIM HAJI.
PINTU KAABAH
211
PINTU KAABAH DARI DEKAT
212
KUNCI KAABAH DARI DEKAT
214
KUNCI PINTU KAABAH DENGAN ANAK KUNCI
YANG BERLAINAN DENGAN GAMBAR ATAS.
HAJAR ASWAD
PERHATIKAN 8 BIJI BATU HITAM HAJAR ASWAD YANG SEBENAR
KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembangunan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan/dikabulkannya doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
123
HANYA BEKAS TAPAK NABI IBRAHIM SEPERTI TERDAPAT DIDALAM MAQAM IBRAHIM DIATAS.
PANDANGAN JELAS TAPAK NABI IBRAHIM
PANDANGAN KAABAH DEPAN HIJR ISMAIL DAN JELAS KELIHATAN PANCURAN EMAS DAN RUPA BENTUK BUMBUNG KAABAH
HIJR ISMAIL DARI DEKAT.
MIZAB
MIZAB ADALAH PANCURAN EMAS YANG DILETAKKAN
MENJADI LALUAN AIR DARI BUMBUNG KAABAH
MASUK KE DALAM HIJR ISMAIL.
RAMAI YANG BERDOA DIBAWAHNYA KERANA ADA
PENDAPAT MENYATAKAN DI BAWAH INI ADALAH
DIANTARA TEMPAT PALING MUSTAJAB BERDOA.
JIKA ADA LIMPAHAN AIR TURUN MELALUINYA MAKA
TERLIHAT RAMAI YANG BEREBUT UNTUK MANDI SAMBIL BERDOA...
CUBA LIHAT PANCURAN EMAS DISEBELAH KANAN BAHAGIAN ATAS KAABAH
PANCURAN EMAS SERING DIGANTI DAN YANG LAMA
DISIMPAN DI MUZIUM.
PANCURAN EMAS DIPASANG BESI TAJAM DIATAS NYA MENCEGAH DIHINGGAPI BURUNG.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEDUDUKAN PINTU KAABAH MEMANG TINGGI
DARI ARAS TANAH SEPERTI GAMBAR BAWAH INI
SETAKAT TINGGI BERDIRI CECAH TANGAN
BAGI MEREKA YANG TINGGI SAHAJA.
KETINGGIAN ORANG MALAYSIA MUNGKIN TAK CUKUP
TINGGI UNTUK CECAH TANGAN KE LANTAI PINTU.
TANGGA KAABAH BIASA DIGUNAKAN JIKA ADA PEMBESAR ATAU KERABAT DIRAJA HENDAK MASUK KEDALAM KAABAH
TANGGA DITOLAK HINGGA KE DEPAN PINTU KAABAH
4
26
27
KELUARGA DIRAJA YANG SENTIASA MELAWAT KAABAH
28
KAWALAN KETAT SEMASA PINTU KAABAH DI BUKA.
PEMBESAR DIIRING MASUK DAN KELUAR DIPINTU KAABAH
KAWALAN KETAT UNTUK PEMBESAR NEGARA YANG DATANG KE KAABAH
CUBA LIHAT BETUL-BETUL, SIAPA YANG DIDEPAN...
TUN DR MAHATHIR MANTAN PM KITA
SEDANG KELUAR DARI KAABAH...
TANGGA LAMA DALAM KENANGAN DISIMPAN DI MUZIUM
APA ADA DALAM KAABAH?
ITULAH PERSOALAN YANG SERING KEDENGARAN DIMANA-MANA SAHAJA JIKA PARA JEMAAH HAJI BERKUMPUL BERCERITA SESAMA SENDIRI.
ANDA MERUPAKAN ORANG YANG BERTUAH KERANA DAPAT MELIHAT SENDIRI APA YANG ADA DI DALAM KAABAH.
ANDA TENTU INGIN MELIHAT 'KE DALAM KAABAH' DAN MELIHAT 'KE LUAR DARI DALAM KAABAH'.
DI SERATA DUNIA MASIH RAMAI YANG BERTANYA APA ADA DALAM KAABAH DAN YANG TELAH MENINGGAL PULA RAMAI YANG TELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS AKHIR TAPI MASIH DENGAN PERSOALAN APA ADA DALAM KAABAH?
MALANGNYA SOALAN MEREKA TIDAK BERJAWAB.
PELBAGAI REKAAN CERITA TELAH TIMBUL KERANA TELAH LAMA IA MENJADI TEKA TEKI. MALAH ADA JUGA YANG BERKATA KITA TAK BOLEH MENDONGAK KE ATAS KERANA KALAU MENDONGAK DALAM KAABAH KITA AKAN DI TIMPA BENCANA. TETAPI KEPERCAYAAN TERSEBUT NYATA MELESET KERANA DALAM KAABAH SENDIRI TELAH ADA SILING PENUTUP DAN PEMANDANGAN KITA SETAKAT SILING DALAM KAABAH SAHAJA. ITU CUMA PANDANGAN MATA KASAR SAHAJA. DARI SEGI LAIN BAGI YANG BERILMU PASTI LEBIH BANYAK LAGI PERKARA YANG TERSEMBUNYI DAN PERLU DIPELAJARI.
HANYA KELUARGA DIRAJA, PEMBESAR ARAB SAUDI DAN PEMBESAR NEGARA ISLAM SAHAJA YANG BERPELUANG MASUK KE DALAM KAABAH.
SEMOGA GENERASI KITA JUGA DAPAT MELIHAT DAN MENGETAHUI KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI INI YANG MANA NENEK MOYANG KITA TIDAK BERPELUANG UNTUK MELIHATNYA.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENINJAU DAN MELIHAT APA SEBENARNYA ADA DI DALAM KAABAH SETAKAT MELIHAT GAMBAR SAHAJA. HANYA UNTUK PENGETAHUAN UMUM SUPAYA TIADA LAGI PERSOALAN APA ADA DALAM KAABAH.
1
MELIHAT KAABAH SECARA LEBIH DEKAT LAGI.
2
MARI MASUK KEDALAM KAABAH
3
4
YANG JELAS TERDAPAT TIGA TUNGGAK TIANG DIDALAM KAABAH
5
6
MELIHAT ARAH LUAR DARI DALAM KAABAH
7
8
9
STRUKTUR KAABAH
10
INILAH PEMANDANGAN DALAM KAABAH SEBENARNYA
11
HANYA KELUARGA DIRAJA DAN VVIP SAHAJA YANG DIBENARKAN MENJEJAK KAKI DIDALAM KAABAH INI.
12
PERHIASAN DINDING DALAM KAABAH
13
14
15
16
TETAMU MENGERJAKAN SOLAT
17
18
PERHIASAN LAMPU GANTUNG DALAM KAABAH
19
20
INI IALAH PINTU WARNA EMAS DALAM KAABAH
21
22
23
INILAH BILIK KECIL DALAM KAABAH YANG DITUTUP PINTU WARNA EMAS. APA ADA DALAM BILIK INI?
24
PINTU KELUAR KAABAH
25
PELAN KAABAH
Nak tengok lebih lanjut lagi mari kita lihat ada banyak lagi rahsia yang boleh kita lihat dengan mata kita sendiri dan bukan ngomong kosong!!!!!!
Dibawah ini adalah gambar-gambar terbaru apa ada dalam kaabah khas untuk semua umat Islam.
PESANAN PEMILIK (ISLAMGREATRELIGION.WORDPRESS.COM)
These KAABA INSIDE NEW PICTURES
are Special EID GIFT to All Muslims
This information is taken directly from “IslamGreatReligion” website.
Indeed,you have seen One Kaaba Inside Picture and Kaaba Inside Video,
but these pictures are also very unique.
and I’m sure,YOU HAVE NEVER SEEN BEFORE THESE PLACE.
Give thanks to Allah,
Laman ini di perolehi dari “IslamGreatReligion” website.
Sebelum ini semua orang telah lihat gambar dan video dalam kaabah yang serupa sahaja tetapi gambar ini adalah gambar yang unik dan terbaru.Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat melihat apa yang ada disekeliing kaabah luar dan dalam.
TANGGA DALAM KAABAH.Anda tentu telah lihat pintu warna emas. Melalui pintu ini lah ada tangga yang membolehkan sesiapa sahaja untuk naik ke bumbung bagi kerja-kerja mengganti Kiswa.
(tangga)
ATAS BUMBUNG. Ada pintu bumbung juga ya.
(lubang bumbung)
ATAS BUMBUNG KAABAH. Pemegang Kunci Kaabah yang di amanahkan adalah warisan keluarga yang di amanahkan sejak 1400 tahun yang lalu atas perintah Nabi Muhammad s.a.w.
(pemegang amanah berdua)
BERTUAH BETUL SIAPA DAPAT NAIK ATAS BUMBUNG KAABAH.
(atas bumbung)
LAPISAN DALAM BUMBUNG KAABAH.
(dalam bumbung)
SOLAT ATAS BUMBUNG KAABAH sewaktu membuat kerja-kerja mengganti Kiswa.
(solat)
Pemilik laman web (Owner of the website)"ISLAM GREAT RELIGION" telah membenarkan gambar-gambar ini dikongsi bersama dan untuk maklumat lengkap sila layari ke web dibawah ini.
Taken From : - http://islamgreatreligion.wordpress.com/
From the WEBSITE OWNER "ISLAM GREAT RELIGION"...
Please take note
- Let me know you really liked this Gift !
thanks to Allah,he given us chance to see this place,which millions of Muslims never seen.
Just one request,
My Only dream is to send my parents for Hajj,
please pray to Allah give me ability to turn my dream in reality,as soon as possible,please…….
please make dua that i always do Dawah work.
Please keep me and my family in your Dua’s,
hope,Inshah Allah you will,
May Allah forgive our sins,accept our prayers and fastings,
May Allah make this site useful for peoples,
Ameen,
KING
slave of ALLAH!
[don't forget to tell me,you liked this gift or not]
From blogger: (Thanks King, I really appreciate your gift and it's for the benefit of all Muslims. May God Bless On You.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERJA MEMASANG KAIN KAABAH
1. Menggantikan kain penutup baru Kaabah atau kiswa pada setiap tahun menjadi satu tradisi bagi penduduk Mekah sejak sekian lama.
2. Namun kerja-kerja membuat kiswa atau sinonimnya kita sebut `kelambu Kaabah' terutama yang melibatkan tulisan khat dan ukiran pada langsir pintu Kaabah (sitaar) dan tali pinggang (hizam) bagi rumah suci itu bukanlah satu kerja yang mudah.
3. Ia memerlukan kemahiran, ketelitian dan kesabaran kerana kerja menenun dan menyulam seni khat itu amat halus buatannya serta mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.
4. Bagi menggantikan kain penutup baru Kaabah pada tahun depan, kerja-kerja menjahit dan menenun dengan tangan telahpun dimulakan sekarang walaupun musim haji tahun ini baru saja berakhir.
5. Kerja-kerja menenun dan menyulam itu dilakukan oleh lebih 100 orang pekerja lelaki termasuk pekerja cacat di kilang atau bengkel kiswa di Umm Al-Jood, kira-kira 25 kilometer dari bandar Mekah.
6. Langsir pintu Kaabah tingginya ialah 6.5 meter dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dan tulisan khat ayat-ayat suci padanya adalah daripada sulaman benang emas dan perak.
7. Sementara tali pinggang Kaabah pula berukuran 47 meter dan 95 sentimeter lebar disulami dengan benang perak.
8. Kilang kiswa pertama ditubuhkan semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz pada 1346 Hijrah, kira 78 tahun lalu dan pengurus yang pertama ialah Sheikh Abdul Rahman Muzhar.
9. Bagaimanapun kilang itu diperbesarkan beberapa tahun lalu daripada tiga seksyen kepada enam seksyen.
10. Kiswa dibuat dalam lima peringkat iaitu, peringkat mewarnanya di mana kain sutera direndam dalam air panas selama 24 jam hingga ia bertukar warna putih bercahaya sebelum diwarnakan hitam atau warna-warna lain mengikut bahagian-bahagian tertentu.
11. Peringkat kedua adalah kerja menenun dan kebanyakan kerja-kerja itu dilakukan dengan tangan, tetapi bagi bahagian-bahagian yang besar dan tidak memerlukan kerja seni dibuat menggunakan mesin.
12. Bagaimanapun sulaman tangan digunakan untuk sentuhan terakhir dan ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang mahir.
13. Fasa seterusnya ialah mencetak semua rekabentuk dan kaligrafi yang akan diletakkan pada hizam untuk disulam dan proses menyulam itu merupakan tugas yang cukup teliti dan mengambil masa yang panjang.
14. Kelambu Kaabah biasanya digantikan pada setiap 9 Zulhijah atau pada hari wukuf, iaitu ketika semua jemaah berkumpul di Padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.
15. Semasa zaman Rasulullah S.A.W, kiswa diperbuat dari kain yang dibawa dari Yemen dan ditukar dua tahun sekali, iaitu sebelum Ramadan dan semasa Hari Raya Aidiladha.
16. Selepas itu, kain penutup Kaabah dibuat di Mesir kerana kepandaian penduduknya dalam kerja-kerja menenun kain.
GAMBAR KERJA-KERJA MENYIAPKAN KAIN PENUTUP KAABAH ATAU KISWA
Semua sudut telah kita pergi dan terokai tetapi jangan lupa jika panjang umur maka mereka yang pergi umrah atau haji boleh balik semula ketanah air sendiri tetapi bagi mereka yang pergi tak kembali bagaimana?
Mungkin ada saudara kita yang pergi tetapi tak kembali.
Dibawah ini adalah tanah perkuburan di Mekah dan di Madinah untuk tatapan kita sahaja.
Perkuburan Maala di Mekah
Perkuburan Lama Baqi di Madinah
Semua maklumat diperolehi dari Internet
untuk dikongsi bersama.
Sekian.
Ikhlas.
dari wahid....
4 comments:
Alhamdulilah, dapat juga tgk kaabah dr dekat walaupun tak berpeluang lg jejak kaki disana.. Insyaallah moga satu hari nanti niat suci utk berdiri sendiri dihadapan Kaabah dimakbulkan Allah SWT.. terima kasih n tahniah atas usaha anda utk blog ini..
teringin sangat nak tgk dengar cerita nampak 7 lapis langit tapi dalamnya kosong ...sesungguhNya Allah juga menyimpan segala yang Dia kehendaki...wallhualam...
Terima kasih.
Terima kasih byk2 krn bkongsi. Mmg xpenah tgk gmbrn dn maklumat kaabah selengkap gmbr yg d attach bsama.terima kasih byk2
Post a Comment