1. Dihapuskan dosa oleh Allah SWT.
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis yang soheh, Rasulullah SAW bersabda barangsiapa yang membaca
"SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI"100 kali sehari maka Allah SWT akan menghapuskan doasanya walaupun sebanyak buih dilautan.
2. Ingin diselamatkan oleh Allah SWT dari fitnah kubur.
Diriwayatkan oleh Abi Dawood dalam hadis yang soheh Rasulullah SAW bersabda dalam Al Quran ada 30 ayat yang apabila senantiasa dibaca maka ia akan memberi syafa'at kepada orang yang sentiasa membacanya iaitu SURAH AL MULK dan Abdullah Ibnu Abbas ra berkata barang siapa membaca Surah Al Mulk satu kali sehari maka Allah SWT akan selamatkan dia dari fitnah kubur.
3. Inginkan satu rumah di syurga.
Dalam hadis soheh yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda barangsiapa diantara kalian yang membaca Surah AL IKHLAS dalam sehari 10 kali maka Allah SWT akan membangunkan untuknya satu rumah disyurga.