Cuba kita selak semula lembaran hidup
kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam
al-Quran.
Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika
sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa
bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?
Tolak tepi makhraj Arab yang
agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih
oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4
tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di
mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
Jika kita selama ini kita tersalah baca,
bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’
bukannya ‘kualiti’ bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan
rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan
berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam
sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita
dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj +
rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini
dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
****
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’,
yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan
kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang
bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu
memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah
kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan
dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu
buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini
dipanggil Al-Isymam الإشمام
***
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol
bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini
sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah
sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy - yang bermaksud ‘orang
bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan
bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama.
Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat
sebelum dimatikan dengan ’ain.
Rujuk link:
*****
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah
wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan
mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan,
maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun
berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas,
lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan
baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf
ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif
tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca: - ii-tuu-nii
Bukannya - Uk-tuu-nii
*****
Sila rujuk mana-mana guru al-Quran.
Dengar dan
ikutlah bacaan sebenar.
Wallahua’lam.
=)
|