Friday, June 7, 2013

SEJARAH 5 KALIMAH SUCI DALAM ISLAM

Petikan dari Blog Keperibadianrasullullah


Asal usul zikir "Subhanallah", "Alhamdulillah", Laillahaillallah", "Allahhu akbar" dan "Wala haula wala quwata illa billah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SUBHANALLAH....
Ibnu Abas ra berkata:
"Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy, dan menyuruh malaikat memikulnya tetapi para malaikat tidak berupaya memikulnya kerana amat berat lalu ALLAH SWT menyeru para malaikat membaca kalimah "SUBHANALLAH" dan arasy itu terasa ringan untuk dipikul dan sejak hari itu para malaikat sentiasa menyebut kalimah "SUBHANALLAH".

ALHAMDULLILAH...
Ibnu Abas ra berkata:
"Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang terkeluar dari mulut Adam as ialah bersin maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca "ALHAMDULLILAH"
dan ALLAH SWT membalasnya "YARHAMUKKA RABBUKA" yang bermaksud "kerana  Rahmat  itu  AKU  menjadikan  kamu."

LAILAHAILLALLAH ....
Dan apabila ALLAH SWT mengutuskan Nabi Nuh as di mana kaum Nabi Nuh as adalah kaum pertama yang menyembah berhala lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat.
ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh as memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah "LAILAHAILLALLAH"

ALLAHU AKHBAR ....
Apabila terutusnya Nabi Ibrahim as dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak Nabi Ibrahim as dengan seekor kambing, atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan Nabi Ibrahim as menyebut "ALLAHU AKHBAR".

Berkata para malaikat :
"Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik. Kemudian malaikat mengabungkan keempat kalimah itu dan di sebut
"SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHAILLALLAH WALLAHU AKHBAR"
Ketika malaikat Jibril menceritakan kisah ini kepada Rasulullah saw Baginda merasa kagum dan terus membaca:

"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIEL AZIEM"
Kemudian Malaikat Jibril as berkata :
"Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi...

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
WALAA ILAA HA ILLALLAHU WALLAHU AKHBAR
WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA
BILLAA HIL 'ALIYIL 'AZIEM".

Pengertiannya:

Subhanallah = Maha Suci Allah

Walhamdulillah = dan Segala Puji bagi Allah

Wa la ilaha illallah = dan tiada Tuhan selain Allah

Wallahu akbar = dan Allah Maha Besar

Wa la haula wa la quwwata illa billah hil `aliyil `azim           = dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.


peribadirasulullah | Jun 2, 2013 at 11:02 pm | Categories: Nasihat Agama | URL: http://wp.me/pBfvy-6Eg