Saturday, October 1, 2011

DETIK KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.



DETIK KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu.

Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: Ajal ku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la.

" Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait.

Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."

Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?
" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku.

Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius.

Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"

Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?"

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"

Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.

Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?

Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka."

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.

Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada.

Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MALAIKAT MAUT DATANG BERTEMU

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut.

Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:

"Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:
"Siapakah yang ada di muka pintu itu?
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah."Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut.

Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?
"Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.

Maka bersabdalah Rasulullah SAW:
"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KETIKA SAKARATUL MAUT

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedang kan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.

" Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?

Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.

" Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?

Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"

Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Rasulullah SAW menjawab:
"Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?

Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?

" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.

"Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?

Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?

Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?

" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun.

Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang,
kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah."

Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?

" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami.

Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran).

Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.

Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?

Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)

Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?"

Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."

Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?"

Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW?
Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia.

Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah."

Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW.

Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata:
"Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az."

Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata:
"Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?"

Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.

Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait."

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."

Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri.

Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama."

Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
Wassalam.

Friday, September 16, 2011

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW


Pesanan terakhir Rasulullah SAW
(Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.

Monday, September 5, 2011

HANTARAN AL QURAN

Salam buat semua,



Saya mendapat email dari seorang sahabat... Oleh kerana ceritanya amat menarik maka saya harap moga ia menjadi panduan untuk kita bersama dan terus amalkan...



BACA SAMPAI HABIS..KISAH YG MENARIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA...



Jamilah: "Sayang, tengok nie. Cantiknya AlQuran nie. Warna keemasan.



Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..



Nabil: "Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nie" balas Nabil.



Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.



Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.



Jamilah: "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.



Nabil: " Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.



Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil yang Prihatin.



Pakcik: "Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih.



Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.



Nabil: "Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil.



Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..



Pakcik: "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.



Nabil: "Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.



Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.



Pakcik: "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.



Jamilah: "Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.



Pakcik: "Oh, baguslah. Kalau begitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.



Jamilah: " Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.



Pakcik: "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.



Jamilah: "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.



Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..



Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan..



Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.



Pak imam baru sahaja sampai.



Imam: "Assalamu'alaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.



Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.



Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.



Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.



Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.



Imam: "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.



Nabil: "Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.



Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.



Imam: "Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.



Kelihatan orang ramai mengiyakan.



Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.



Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya.



Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.



Nabil: "Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..



Imam: "Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.



Nabil: Surah Ar Ra'd… Surah Ar Ra’d…. "Apa benda nih" detik hati Nabil.



Sambil memulakan bacaan.



Nabil: "Bismillahirrahmaanirrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.



Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
(KAH...KAH... KAH... KAH...)



Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.



Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.



Imam: "Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.



Adik Nabil,cara bacanya seperti begini :



A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim. ..



Bismillahirrahmanirrahim..



ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.."



Kedengaran suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.



Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..



Imam: "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran.
Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.
Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula.



Orang Ramai Memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.



Imam: "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.
Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya, orang-orangnya memanfaat kan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..



Penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu.



Nabil sudah melalui hari-hari yang indah.



Kitab ALQuran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.



Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih.
Kita belajar sama-sama.



Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.



SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bagi yang mengamalkan Al Quran sentiasa…

Sila baca yang ini..



Rasulullah (Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.



Bila mayatnya dikapan,lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, dua Malaikat Mungkar dan Nangkir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.



Tapi lelaki kacak itu berkata,



Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.



Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu..



Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,



'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.



Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih.'



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala' Al A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu ‘alaihiwasallam) pernah bersabda:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



The phrase al-mala’ al-a’laa is mentioned in both the Qur’aan and the Sunnah.



In Soorat Saad, Allaah says (interpretation of the meaning):



"‘I had no knowledge of the chiefs (angels) on high when they were disputing and discussing (about the creation of Adam). Only this has been inspired to me, that I am a plain warner.’" [Saad 38:69-70]



In his commentary on this aayah, Shaykh al-Mufassireen Ibn Jareer al-Tabari (may Allaah have mercy on him) said: " ‘I had no knowledge of the chiefs on high (al-mala’ al-a’laa) when they were disputing and discussing’: here Allaah is telling His Prophet Muhammad (Peace & Blessings of Allaah be upon Him), ‘O Muhammad, say to the mushrikeen among your people: "I had no knowledge of the chiefs (angels) on high when they were disputing and discussing" about the creation of Adam before Allaah revealed this to me.’ What this means is: ‘My telling you about this is clear proof that this Qur’aan is a Revelation from Allaah, because you know that I had no knowledge of this before this Qur’aan was revealed; it is not something I witnessed with my own two eyes – I know it only because Allaah has informed me of it.’"



Other scholars of tafseer have said something similar.



The comments of other scholars:



Ibn ‘Abbaas said: "Allaah’s words (interpretation of the meaning) ‘I had no knowledge of the chiefs on high when they were disputing and discussing’ refer to the angels, when they were consulted about the creation of Adam, and they disputed it and said: Do not place a khaleefah on earth."



Al-Saddi said: "‘… The chiefs on high when they were disputing and discussing’ means: ‘… when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations after generations on earth"…’ [al-Baqarah 2:30]"



Qutaadah said: "The words ‘I had no knowledge of the chiefs on high when they were disputing and discussing’ refer to the angels, who disputed the creation of Adam when Allaah said to them, (interpretation of the meaning) ‘Truly, I am going to create man from clay’ [Saad 38:71]."



As regards what was reported in the Sunnah, Ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him and his father) narrated that the Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said that Allaah spoke to him in a dream and said, "O Muhammad, do you know what the chiefs on high are disputing about?… about the things which expiate for sins. Things that expiate for sins are: staying in the mosque after the prayers, walking to join congregational prayers and performing wudoo’ properly when it is difficult to do so. Whoever does these things will have a good life and die a good death, and he will be as free from sin as on the day his mother bore him." (Al-Tirmidhi, 3157; see also Saheeh al-Jaami’, 59).



In his commentary on this hadeeth, al-Mubaarakpoori explained that … "the chiefs on high" (al-mala’ al-a’laa) referred to the angels who are closest to Allaah. Al-mala’ refers to nobles who attend gatherings and sit at their head because of their high status. They are described as al-a’laa either because they live on high, or because of their high status in the sight of Allaah. Their "dispute" refers either to their competing or rushing to record these deeds and take them up to heaven, or to their discussing the virtue and blessing of these deeds, or to their feeling happy about people when they do these good deeds. It may have been called a "dispute" because it came in the form of questions and answers, which sounds like a dispute or a debate, hence it was appropriate to use the word "dispute" in this context. And Allaah knows best.



Ref. From: Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
http://www.islam-qa.com/en/ref/1863