Thursday, June 4, 2009

KENANGAN LAWATAN KE BUMI KENYALANG


KUCHING - SARAWAK.

1. Melancong ke BUMI KENYALANG sememangnya seronok kerana BUDAYAnya yang berlainan dan kesuburan tanahnya yang kaya dengan sumber asli.
2. Kakitangan JPS NS telah bermuafakat dan mengambil peluang untuk melancong ke Sarawak dengan tambang percuma yang ditawarkan oeh Syarikat Penerbangan Air Asia.
3. Kesemuanya telah sepakat untuk mengambil perkhidmatan pakej pelancongan yang menawarkan tempat tinggal di Hotel yang selesa serta khidmat lawatan pelancongan ke destinasi pilihan anda.

Berbaris untuk mengambil tiket penerbangan.



En. Radzi selaku Ketua Rombongan sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya.


Menunggu Check - In.

Pesawat telah sedia dan penumpang mengambil tempat.


Klik arrow untuk lihat video pesawat berlepas dan pemandangan dari udara.

Pada Hari Pertama lawatan biasanya pelawat akan dibawa melawat ke beberapa tempat seperti berikut:-
1) Melihat sekitar Bandar Kuching.
2) Melawat ke Muzium Negeri dan Muzium Islam di Kuching.
3) Melawat ke Kilang membuat pasu dan pelawat boleh mencuba membuat pasu jika berminat.
4) Melawat Gudang Produk berasaskan Lada Hitam seperti biskut lada hitam, gula lada hitam dan lain-lain lagi yang menggunakan lada hitam.
5) Kilang tempat memproses Sarang Burung.
6) Dan pelbagai tempat tujuan lagi yang kita minta.
Agen Pelancongan memulakan tugas

Oh Mak Oi... Godang eh Kuching Sarawak...


Makan tengah hari di taja oleh Agen Pelancongan.








Pembuat pasu jemputan


Pasu yang dibuat oleh Lin dan Kalai dah siap untuk dijual...

Gedung Pasu Sarawak

Agen pelancongan tanya, kenal tak pokok Lada Hitam kalau tak kenal ini lah Pokok Lada Hitam.

Pada Hari Kedua awal pagi, pelawat akan dibawa melawat ke Taman Budaya di Santubong. Ditempat ini kelihatan rumah-rumah semua suku kaum yang terdapat di Sarawak dipamerkan dan persembahan kebudayaan juga disediakan di beberapa rumah ini. Tepat jam 11.00 pagi, semua pelawat akan bergegas pergi ke Dewan Persembahan Kebudayaan yang berhawa dingin.

Persembahan disini sememangnya sungguh menarik dan unik kerana persembahan kebudayaan sebegini semuanya sungguh menarik dan persembahan ini cuma boleh boleh dilihat di Sarawak sahaja. Bagi pelawat yang meninggalkan tempat ini tentu akan terpegun dan pasti akan membawa kenangan manis yang akan sentiasa terukir di dalam minda mereka.
Perjalanan ke Taman Budaya di Santubong dan pemandangan Gunung Santubong dari jauh
GUNUNG SANTUBONG






Titian Buloh yang mesti dilalui oleh setiap pengunjung ke Taman Budaya.




Kalau nak kenal ini ialah Lesong Tumbok Padi

Persembahan Tarian Bidayuh



Tempat jampi serapah dan perasap orang Bidayuh.




Rumah Panjang Iban

Tenun Kain

Penari-Penari di Rumah Panjang Iban.







Bersama kaum Penan dengan sumpitnya.





Inilah alat buat tattoo



Dalam Dewan Persembahan Kebudayaan






Selepas tengah hari pelawat dibawa membeli-belah dan berjalan-jalan di Bandar Kuching dan kemudian dibawa ke Kilang tempat membuat Kek Lapis Sarawak yang terkenal di Kuching dengan menaiki perahu untuk menyeberang sungai.



Menyeberang Sungai Sarawak dengan perahu



Dimalam Hari Kedua kami semua telah dibawa keluar makan beramai-ramai dan selepas makan kami semua bersiar-siar di Bandar Kuching dan terus ke Water Front untuk melihat keindahan alam semulajadi Bumi Kenyalang.




Pada Hari Ketiga maka tibalah masanya untuk balik. Pada pagi hari kami dibawa ke Pasar Satok untuk membeli ikan Terubok yang menjadi kegemaran orang Semenanjong. Ikan Terubok dijual siap packing dan boleh dibawa balik naik kapal terbang.
Tiba masa untuk berangkat balik
Medan Ikan Terubok Masin. Si Kecil ni alegik, tengok ikan dah rasa nak tercekik


Hanim dah borong satu meja Ikan Terubok dah.....

Setelah selesai di Pasar Satok kami dibawa ke lapangan terbang untuk persiapan berangkat pulang.

Bagasi dan barangan yang di borong dari Sarawak.

Kenangan sebelum pulang


Tak kenal maka tak cinta... Setelah melihat dari dekat ternyata Bumi Kenyalang menyimpan Khazanah yang sungguh tinggi nilainya dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan harga pembangunan yang cuma membawa kepada kepupusan alam semulajadi.

Pengunjung yang terus melawat Ke Bumi Kenyalang ternyata berpuas hati dengan lawatan serta alam sekitar nya yang semula jadi dan berjaya menambat hati setiap pengunjung untuk berkunjung semula jika berpeluang.